Lain-Lain

OnePlus 6T: Telefon Android Bajet Terbaik (2018)

Telefon Android 2018 terbaik dunia ? Mestilah daripada Google – iaitu Pixel 3, dengan tanda harga sekitar RM3500 ! Manakala daripada Samsung – Galaxy S9+ pula sekitar RM3000. Tahukah anda, dengan harga yang lebih murah, anda mampu memiliki telefon android bajet terbaik iaitu sekitar RM2300 sahaja – penjimatan yang amat banyak !

5bef330d110d4c4ecc04cbe8

Jenama OnePlus ini memang agak ‘asing’ bagi rakyat Malaysia, namun, marilah kita keluar dari tempurung. Sekali lagi, syarikat baru dari negara China mampu menyaingi dengan jenama terkemuka yang sudah bertapak lebih sedekad. OnePlus melancarkan senjata baru mereka pada November 2018 iaitu 6T. “T” ini merujuk kepada plus seperti iPhone 7+.

Pada hari ini, Bijak Android akan membandingkan OnePlus 6T dengan telefon Android terbaik 2018 iaitu Pixel 3 oleh Google.
op6t-and-pixel-3

Skrin

Mempunyai skrin OLED yang amat cantik dan warnanya ialah 16M. Skrin OnePlus 6T adalah lebih besar berbanding Pixel 3 iaitu 6.4” dan 5.5”. Kedua-duanya mempunyai perlindungan sendiri iaitu Corning Gorilla Glass.

Platform

Kedua-dua telefon gergasi ini didatangi dengan Android Pie 9.0 dan Cipset CPU yang sama juga – Qualcomm SDM845 Snapdragon 845. Ia merupakan cpu octa-core (4×2.8 GHz Kryo 385 Gold & 4×1.7 GHz Kryo 385 Silver). Manakala GPU mereka juga sama iaitu Adreno 630.

Memori

Kedua-duanya juga tidak mempunyai sebarang card slot. Namun, storan dalaman mereka sudah cukup besar. Google Pixel 3 menawarkan 64GB dan juga 128GB storan dalaman, dan kedua-duanya mempunyai 4GB RAM. Manakala OnePlus 6T, mereka menawarkan 256GB storan dalaman bersama 8GB RAM dan juga 128GB storan dalaman bersama 6 atau 8GB RAM.

Kamera

Pixel 3 hanya mempunyai sebuah lensa kamera (iaitu 12.2 MP) sahaja manakala 6T ialah dual-camera (16 MP dan 20 MP). Bagi kamera hadapan, Pixel 3 mempunyai dual-camera dan kedua-duanya adalah 8 MP, manakala 6T hanya sebuah lensa kamera tetapi 16 MP. Untuk lihat perbezaan hasil tangkapan mereka, sila pergi ke Pixel 3 vs OnepPlus 6T Camera.

Baca juga: Samsung Galaxy A9: Telefon Quad-Camera !

Teknologi

Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai fingerprint tersendiri, tetapi sensor Pixel 3 ada pada belakang peranti manakala sensor untuk OnePlus 6T hanya pada skrin telefon. Kedua-dua gajet ini mempunyai fast-charging tapi Pixel 3 sahaja yang menyokong wireless-charging.

Bateri

Pixel 3 dan OnePlus 6T masing-masing baterinya tidak boleh dicabut. Tapi ada jurang yang besar dalam ‘kapasiti bateri’ iaitu 3700 mAh bagi 6T dan 2915 mAh bagi Pixel 3.

Baca juga: 18 Tips Untuk Meningkatkan Jangka Hayat Bateri

Kesimpulan

Jelaslah sekali bahawa OnePlus 6T menjadi pilihan terbaik orang ramai kerana ia merupakan telefon Android bajet terbaik bagi tahun 2018. Dengan harga yang jauh lebih murah, anda boleh menikmati kualiti yang ada pada Pixel 3.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker