Lain-Lain

Kabel USB Jenis C : Lebih Hebat !

Beberapa hari lepas, telefon saya hampir kehabisan bateri dan ingin meminjam powerbank milik kawan, tetapi ada sesuatu yang aneh yang saya perasan – β€œkenapa cable ni tak muat pada telefon saya?”. Rupa-rupanya, kabel tersebut ialah Jenis C. Apakah ia? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut.

Maksud USB C

usb-type-c-connectors-adaptive-power-delivery-white-paper2

Ia bermaksud “Universal Serial Bus Type-C.”. USB-C ini ialah jenis penyambung USB yang diperkenalkan 3 tahun dahulu, iaitu 2015. USB ini menyokong USB 3.1, di mana ia boleh transfer data lebih banyak dan voltan serta watt yang lebih besar – iaitu sehingga 10 Gbps dan 20 volt serta kuasa 100 watts.

Ia lebih selamat berbanding USB kabel tradisional – yang kita pakai bagi kebanyakkan telefon Android ialah micro-USB dalam kerja yang lebih berat seperti pemindahan video dan gambar serta dalam pengecasan.

Apabila kabel itu mempunyai transfer rate yang tinggi, maka semua kerja yang dilakukan adalah juga cepat. Seperti internet, lebih tinggi kelajuan dia lagi cepat proses downloading.

Apa yang seronok tentang jenis C ini adalah menyokonh fast-charging untuk telefon pintar yang dikenali sebagai Quick-charge 3.0 dan sebagainya. Maka, semua telefon pintar β€˜gergasi’ pada hari ini semuanya pakai kabel jenis C.

Apa beza 1.0 vs 2.0 vs 3.0 dalam pengecasan ?

Nilai-nilai ini anda boleh lihat pada adapter/charger itu sendiri tapi dalam unit Ampere iaitu arus. Semakin tinggi nilai arus, semakin tinggi kuasa yang dapat dipindahkan. Maka, ia amat berbeza.

quick-charge-3.0

Dalam 30 minit, hasilnya amat berbeza untuk mengisi bateri bagi sebuah telefon pintar.

Keselamatan

Jika anda mempunyai telefon pintar dan ingin mengecasnya dengan charger yang lain, pastikan nilai arus (ampere) charger itu sama dengan charger asal. Ini bertujuan untuk menghalang kerosakan pada cip telefon anda akibat lebihan kuasa.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker