Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Install APK dan OBB Android [NEW UPDATE]

Android Package Kit (APK) dan Opaque Binary Blob (OBB) merupakan satu perkara yang berkait. APK terkadang boleh diinstall tanpa perlu adanya OBB. Namun, OBB perlu diinstall dengan APK. Hal ini kerana, OBB file ialah nama teknikal bagi file Data.
Anda keliru kenapa perlu tahu tentang APK? Baca disini dulu
Selalunya APK yang memerlukan OBB sebagai pelengkap data ialah aplikasi yang bersaiz besar. Kebanyakkanya ialah Android games yang semestinya memerlukan banyak data.
Baiklah, sekarang anda sudah faham konsep asas APK dan OBB, bagaimana ia berfungsi. Jadi saya akan menerangkan bagaimana cara untuk menginstall APK serta OBB supaya anda boleh menikmati aplikasi anda.

Baca juga :  Aplikasi Android PALING BEST yang Anda Tidak Akan Jumpa di Google Play Store

  Bagaimanakah caranya?

1. Pertama sekali, anda perlu ada aplikasi File yang boleh ekstrak fail .zip. Disini saya menyarankan anda untuk menggunakan aplikasi ES File Explorer.
2. Download file APK dan OBB aplikasi anda, anda boleh save dimana-mana anda suka samada internal memory atau external memory.
3. Kemudian, buka ES File Explorer, cari file APK yang telah anda install tadi.
4. Klik, dan install.
5. Sekiranya tidak boleh, anda perlu membenarkan dahulu installation dari source lain
Ini boleh diakses di settings > security > kemudian Tick Unknown Resource.
6. Apabila sudah siap install APK itu, jangan main lagi. Sabar dulu kerja tak siap lagi.
7. Buka kembali ES File Explorer, cari pula file OBB. Selalunya ia akan dalam bentuk .zip.
8. Buka file OBB itu, dan ekstrakkannya.
9. Akan muncul hendak ekstrak ke mana, select Choose Path.
10. Klik file yang bernama Android.

11. Klik file obb dan ekstrakkannya dan klik Ok.
Siap! Sekarang, anda boleh menikmati games anda!

Baiklah, mungkin anda tertanya-tanya di manakah boleh download APK dan OBB games yang menarik-menarik secara percuma?
Silalah join channel Telegram kami di DOWNLOAD HUB.

Kami kongsikan segalanya bermula daripada Premium dan Modded Games and Apps, serta Live Streaming!

Terima kasih kerana membaca, nantikan penulisan artikel yang seterusnya. Jangan lupa tekan butang share untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. 
 

Baca juga :  Cara Menggunakan Google Maps Offline (Tanpa Internet & Stabil)
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker