Apa Itu ?Lain-Lain

Apa itu TV 4K?

Bagaimana TV 4K berfungsi? Adakah ia berfaedah? Bacalah artikel ini untuk mendapat jawapannya.


TV UHD ialah TV 4K.
Pada era globalisasi, kita akan dapat lihat TV 4K dengan megahnya dijual di pusat-pusat elektronik. Gambarnya cantik dan menarik tetapi apa perbezaannya dengan TV yang lain? Apa uniknya TV 4K?

“Baik beli TV biasa yang besar daripada beli TV 4K”. Jangan buat andaian terburu-buru seperti ini kerana TV 4K ada perbezaannya. TV 4K menyediakan kualiti gambar yang tinggi sewaktu menonton filem dan rancangan televisyen. Namun, bagaimana TV 4K berfungsi sebenarnya?

Istilah “4K” bererti resolusi paparan elektronik. Paparan ialah sebuah skrin seperti skrin TV, iPad dan juga laptop manakala resolusi pula bermaksud jumlah bilangan piksel yang ada di dalam sebuah paparan. (Piksel ialah kotak-kotak kecil yang berwarna, setiap kotak ada warna masing-masing dan jika setiap piksel disusun dan digabung dengan betul, sebuah gambar akan terhasil.)


Image result for 4k pixel dimensions
Piksel ialah sebuah titik atau kotak-kotak kecil berwarna yang berfungsi untuk menghasilkan imej, dan jika lagi banyak piksel yang ada, lagi tajam dan jelas (tak kabur) serta realistik gambar di paparan TV terhasil.

Baca juga :  Kehebatan GO Keyboard Yang Anda Tidak Tahu | Apa itu Go Keyboard

 TV biasa selalunya kita boleh lihat piksel apabila berdekatan dengan paparan, maka gambar yang terpapar adalah tidak realistik dan berpetak. Hal dengan itu, TV seperti TV 4K mempunyai resolusi tertinggi yang lebih dikenali sebagai “Ultra High Definition” (Definisi Ultra Tinggi).

Image result for 4k pixel resolution
Dalam aspek mendalam lagi, TV 4K selalunya mempunyai resolusi iaitu 3,840 piksel mendatar dan 2,160 piksel mencancang.


Image result for 4K VS HD
Nama 4K berasal daripada jumlah piksel mendatar iaitu 3,840 piksel. Walaupun jumlahnya tidak menghampiri empat ribu, namun istilah 4K dipakai jua (jika dibundarkan). Maka, TV 4K adalah 4 kali lebih tinggi resolusinya berbanding TV 1080p. TV 1080p kini selalunya dipanggil sebagai TV “Full HD” (Penuh HD).

Baca juga :  Istilah & Perkataan Yang Terkenal Dalam Dunia Hacker

Jika ingin menguji perbezaan antara 4K dan 1080p, ia amatlah ketara pada telefon pintar (yang support 4K). Apakah pendapat anda tentang TV 4K?

An-Naim Jamhari

Pengasas Bijak Tech, minat dalam dunia teknologi, baik dan hensem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker