Trik dan Tips Telefon Pintar

10 Aksesori Telefon Pintar Yang Sangat Berguna !

mobile-phone-accessories-500x500
Aksesori merupakan alat luaran yang berguna kepada telefon pintar dan tuan pakai. Penggunaan aksesori amatlah bermanfaat bergantung pada fungsinya. Dengan adanya aksesori-aksesor ini, kita akan menggunakan kebolehan telefon pintar dengan sebaik mungkin. Aksesori juga boleh dikatakan sebagai β€˜pelengkap’ bagi sebuah gadget itu sendiri.

Pada hari ini, Bijak Android akan memperkenalkan aksesori-aksesori yang amat berguna dan penting bagi pemilik telefon pintar itu sendiri. Tak kesahlah dari telefon murah hingga ke beribu-ribu ringgit, anda mesti perlukannya – iaitu aksesori !

TV Cast

TV Cast ini merupakan alat untuk β€˜mirroring’ skrin telefon anda ke TV anda. Jika anda mempunyai telefon pintar dan televisyen yang tidak menyokong cast, anda boleh membeli alat ini dengan harga yang bebraloi – iaitu sekitar RM50-100 bergantung pada jenama itu sendiri. Dengan adanya cast, anda boleh pasang movie di TV dengan mudah, dan bermain game pada srkin yang lebih besar. Ia menggunakan teknologi bluetooth dan slot HDMI pada TV anda.
sasd

Waterproof bag dan armband

Kedua-dua jenis bag ini mempunyai fungsi yang sama – iaitu memudahkan dan menyelamatkan telefon pintar anda dari perosak, air. Jika anda sedang melancong ke pulau ataupun mandi di sungai, anda mestilah ada waterproof bag. Jika anda suka bersukan seperti berjogging dan berbasikal, anda pasti memerlukan armband. Aksesori ini mudah didapati dan murah sekali – tetapi ia amat berguna untuk situasi tertentu.
3iART-Armband-iPhone-SE

Professional Camera Lens

Kamera telefon pintar semakin hari semakin mengancam, tapi mereka tidak dapat cecah tahap β€˜professional’. Dengan adanya professional camera lens, anda mampu menangkap gambar  dengan tajam bersama zoom. Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana termasuk di tempat yang gelap – ia mempunyai LED tersendiri yang boleh dicas semula. Harganya pula agak mahal, sekitar RM100-150 untuk kit professional ini.
ddedc800-29b1-0134-065c-062f3a35be5f

Magnifier

Magnifier ini maksudnya alat untuk zooming seperti kanta, dan boleh menjadi ala-ala teleskop mini untuk kamera telefon anda. Seperti professional camera lens yang mudah dibawa dan mudah dipasang dengan klip, anda boleh zooooom lebih jauh berbanding kemampuan lensa kamera biasa.
ddf22670-29b1-0134-0653-062f3a35be5f

Tempered Glass

Tempered glass ini merupakan screen protector. Lazimnya, screen protector adalah sekeping plastik lutsinar dan ia amatlah, sangatlah, terlalulah berbeza dengan tempered glass. Tempered glass ialah screen protector yang berkaca. Setiap tempered glass yang berbeza harga mempunyai kelebihan yang tersendiri, namun, yang murah punya pun cukup untuk menghalang skrin telefon dan hati anda crack. Setiap telefon pintar wajib memasang tempered glass dengan bermodalkan serendah RM20, berbanding harga skrin yang baharu berharga beratus-ratus – ingatlah pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Stabilizer

Ya, dalam Bahasa Malaysia ialah penstabil. Fungsinya untuk menstabilkan telefon pintar anda semasa merekod video. Jika video anda bergegar-gegar, anda pasti akan dihentam teruk di komen Instagram. Penggunaan stabilizer amat penting bagi vlogger ataupun production yang memerlukan video yang sangat berkualitas. Walaupun modalnya agak besar, anda pasti akan berpuas hati – kerana ia tahan lama dan hasilnya sangat menakjubkan.

Protective Case

Case merupakan β€˜baju’ untuk telefon pintar. Kalau ada case, memang cantiklah telefon itu. Tapi tak cantiklah kalau skrin telefon pintar itu retak akibat peranti itu jatuh ke lantai dengan adanya graviti bumi. Seperti tempered glass, anda wajib beli protective case berbanding case yang cantik tapi tiada fungsinya. Sebagai bukti, saya sendiri berani buat drop test dengan kawan sendiri, hasilnya skrin dia yang rosak sebab dia pakai case bukan protective walaupun ia tebal. Harganya juga berbaloi sekitar RM50 bergantung pada model dan jenama.

Photo printer

Untuk print gambar dengan cepat dan berkualiti, anda mesti mahukan photo printer bagi telefon pintar. Ia sangat mudah – tangkap gambar dan tekan Print sahaja untuk mencetak mana-mana gambar menerusi aplikasi khas. Kecil, kompak dan sangat kreatif – boleh gantung pada dinding sebagai memori.
ddfd4580-29b1-0134-b04a-0a814d95abff

Gaming controller

Kepada peminat tegar permainan video, anda pasti tahu apa itu gaming controller. Setiap game, pasti ada controller khas yang tersendiri. Fungsi controller ini untuk memudahkan anda untuk bermain dengan lebih hebat dan pro. Tak rugipun, anda pasti suka controller selepas tahu perbezaannya. Ia sangat murah, sekitar RM15 untuk kit PUBG, namun kualitinya agak rendah.
ddeab3c0-29b1-0134-0656-062f3a35be5f

Bank Kuasa

Atau nama English-nya ialah powerbank, yang membekalkan kuasa luaran tambahan untuk peranti kesanyangan anda. Sangat berguna untuk semua orang tapi terlalu penting untuk segelintir manusia – yang menggunakan telefon pintar sebagai medium kehidupan, seperti kerja dan gaming. Harganya bergantung pada kapasiti bateri itu sendiri, dan ia agak mahal kerana bateri yang digunakan adalah boleh dicas semula. Jangan risau, anda pasti akan bersyukur setelah powerbank itu menyelamatkan gadget anda daripada mati.
index

Kesimpulan

Aksesori sememangnya berguna untuk semua orang. Tak guna pun tak apa, guna pun tak apa. Janji siapa yang guna tu akan berpuas hati – bergantung pada gred dan jenama aksesori itu sendiri.

Anda ada aksesori lain yang lebih berguna ? Sila komen di bawah untuk manfaat orang ramai.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker