Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Meningkatkan Kekuatan Signal Wi-Fi Bagi Android Anda?

router

Jika anda perasan bahawa Wi-Fi anda menggunakan lebih banyak bateri daripada biasanya, atau anda sentiasa kelihatan bersambung tetapi masih tiada akses internet? Mungkin anda mengalami sambungan Wi-Fi yang lemah. Inilah panduan kami untuk meningkatkan isyarat Wi-Fi pada telefon pintar Android anda.

1. Ketahui titik akses Wi-Fi yang terbaik

Matikan dan hidupkan semula router anda, yang sepatutnya menjadi pilihan pertama anda apabila mengalami sambungan Wi-Fi yang lemah. Cara lain adalah menggunakan aplikasi Wi-Fi Analyzer.

Pertama, ia menyediakan saluran terbaik untuk digunakan bagi rangkaian tertentu anda. Tanpa penyelidikan yang terperinci sekalipun, ia membolehkan anda untuk mengoptimumkan rangkaian router anda.

Kedua, ia menilai rangkaian yang mana dalam kawasan itu mempunyai sambungan yang paling stabil, bukannya menyambung Wi-Fi secara random walaupun signal mereka lemah. Akhir sekali, ia menawarkan akses mudah kepada maklumat rangkaian seperti alamat IP anda, network gateway, DNS, dll. Ia mungkin tidak penting, tetapi berguna untuk sesetengah individu.

wifi_booster-w782

Dengan Wifi-Analyzer, anda boleh mengetahui rangkaian wifi terbaik dalam kawasan itu.

2. Periksa sama ada bekas telefon anda menyekat isyarat Wifi

Banyak phone cases yang sebenarnya menjadikan isyarat Wi-Fi anda lebih teruk, terutamanya jika ia mengandungi logam, yang sering digunakan untuk perlindungan tambahan atau kickstands.

index

Untuk melihat jika case anda menjejaskan isyarat Wi-Fi anda, lakukan ujian kelajuan Ookla Speedtest dengan case itu, kemudian, di lokasi yang sama, letakkan semula case itu dan lakukan ujian semula. Jika anda melihat perbezaan apabila menggunakan case dan tidak menggunakannya, anda mungkin mahu menggunakan phone case yang lain.

wifi_speedtest_ookla-w782

Aplikasi ini meminta sejumlah kebenaran, jadi kami mengesyorkan untuk uninstall semula sebaik sahaja anda membuat kesimpulan.

3. Letakkan router anda di tempat yang sempurna

Satu lagi helah mudah yang dapat meningkatkan sambungan Wi-Fi di rumah anda adalah meletakkan router anda di tempat yang terbaik. Selalunya ia diletakkan di sebelah telefon atau saluran kabel, tetapi ini bukan yang terbaik untuk sambungan anda. Jika anda boleh memindahkan router tersebut, lihat pada aplikasi WiFi Solver ; yang membolehkan anda melihat bagaimana isyarat router anda berfungsi.

wifi-solver-fdtd-2-w628

Berikut merupakan contoh terbaik untuk meletakkan router anda;

Router-placement

4. DIY radio dish

Adakah semua langkah di atas gagal? Sudah masanya untuk pilihan orang lama! Jika anda memerlukan isyarat Wi-Fi yang lebih baik maka anda sebenarnya boleh membuat parabola kecil anda untuk ”memantul” gelombang radio WiFi.. Anda boleh menggunakan mangkuk logam atau potong tin soda untuk membuat radio dish secara DIY. Sangat berkesan, Fizik adalah menyeronokkan !

hqdefault

5. Tukar WiFI frequency band kepada 5GHz

Kebanyakan peranti Android boleh berjalan pada frekuensi band 5 GHz, serta band 2.4 GHz yang lama. Apakah maksudnya? Pada frekuensi yang lebih tinggi, seperti 5 GHz, terdapat lebih banyak ruang bebas pada spektrum. Terdapat 23 saluran 20 MHz setiap satu pada frekuensi 5 GHz, yang lebih daripada 14 saluran yang ditawarkan pada band 2.4 GHz. Kerana saluran gelombang yang tidak bertindih, anda mungkin akan mendapatkan isyarat WiFI yang lebih baik dan kelajuan internet yang lebih tinggi.

6. Pelaburan

Jika anda ada duit lebihan, anda boleh membeli router yang lebih baik. Dimana pretasinya yang lebih memuaskan, dari segi kelajuan internet, jarak WiFi, tidak cepat panas (yang boleh mengganggu pretasinya) dan berapa ramai yang boleh menyambung WiFi anda.

index

Jika anda perlukan langkah alternatif yang lebih murah, anda boleh menggunakan Wifi Repeater ataupun Wifi Extender. Sangat kecil dan mudah dibawa, membolehkan anda boost signal WiFi.

300mbps-wireless-n-wifi-repeater-ap-signal-extender-booster-802-1-minicube-1809-24-F974643_1

Adakah ia berkesan ? Ke anda semua ada tips untuk dikongsikan? Ha boleh tabur sikit di ruangan komen hihi.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker