Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Transfer Data Telefon Anda Ke Telefon Baru [Mudah]

feature-01
Anda baru sahaja membeli telefon pintar baru, tetapi sebelum anda terperangkap dengan menikmati harta baru, anda mesti nak kan semua barangan & data penting anda daripada telefon pintar lama ke telefon anda yang baru. Kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan proses ‘penghijrahan’ ini dengan tepat.

Menghantar kenalan, mesej teks, aplikasi, gambar, lagu dan data lain, anda boleh buat proses ni dengan cepat. Jika anda telah berhijrah dari Android ke iPhone, atau dari iPhone ke Android, semua ini masih boleh dilakukan.

Proses pemindahan data antara telefon ni dulu agak sukar dan menyakitkan. Contohnya nak transfer gambar, lagu dan fail perlu diuruskan dengan manual. Ini bermaksud anda akan memerlukan SDCard ataupun sebuah komputer dengan USB bagi pemindahan data-data ini.

Mujur wujudnya banyak aplikasi dan software yang dapat membantu kita dalam hidupan seharian, anda boleh tukar ke telefon baru tanpa kehilangan sebarang data dalam beberapa minit, tapi takkan lebih dari 1 jam la. Kalau cara tradisional, gila boleh makan sejam paling kurang untuk orang pro. Jom usya cara tradisional.

Kaedah Tradisional bagi transfer data antara 2 telefon

Kaedah tradisional ini memerlukan banyak kerja sedikit. Maksudnya, semua benda kena buat secara manual. Nak pindah kenalan, gambar, lagu, fail semuanya manual. Lagi satu, anda perlu menggunakan aplikasi seperti ES Explorer bagi transfer data ke telefon lagi satu melalui SDCard atau komputer.

Baca juga :  Ramai Pengguna Android Ditipu Memasang Aplikasi Adware ini dari Play Store. Apakah ia?

Tapi sekarang ni kita nak borak tentang SDCard, kita perlu;

  1. Backup kenalan menggunakan ‘export’  (ada dalam app contact tu, ha cari ya. Pastikan kenalan yang tersimpan dalam telefon tu pindah ke SIM atau storage)
  2. Backup mesej menggunakan ‘export’ juga
  3. Backup aplikasi anda menggunakan APK Extractor
  4. Move/Copy gambar & lagu
  5. Transfer semua fail tersebut dari storage ke SDCard
  6. Cabut SDCard, pasang dekat telefon kedua dan hidupkan.
  7. Import kenalan/mesej dan install aplikasi anda dari SDCard.
  8. Done ! Ok sejam dua hahaha.

Namun, kaedah ini berjalan untuk semua telefon pintar. Sama ada version Android 4.x.x hingga 9.x.x. Untuk keterangan penuh bagi cara backup perkara di atas, anda boleh rujuk Cara Full-Backup Telefon Anda.

Baca juga :  Kehebatan GO Keyboard Yang Anda Tidak Tahu | Apa itu Go Keyboard?

Proses ini hanya melibatkan telefon anda dan telefon baru anda sahaja. Manakala proses berikut memerlukan sebuah komputer sama ada laptop atau desktop.

Kaedah 1 Klik Transfer Menggunakan Software

Jom kita tengok senarai software yang membolehkan anda bertukar telefon.

Sedikit maklumat, jika anda lihat Samsung Kies, ya benar itu memang keluaran dari syarikat Samsung. Begitu juga dengan jenama yang lain seperti LG dan HTC, yang lain tak pasti. Jika nak tengok software yang lain boleh rujuk di sini. Sedikit peringatan ya, ada yang percuma dan ada yang berbayar, pandai-pandai pilih ya bossku.

Apa yang software ini boleh buat ? Macam yang saya cakap, anda boleh transfer data dengan satu klik. Sebenarnya bukan satu klik, nak buka software dia nak tekan tu ini dah 2-3 klik. Tapi maksud 1 klik ini merupakan 1 klik untuk memulakan proses  transfer.

Jom kita pilih dr.Fone – Switch dalam pengenalan software ini.

This phone switch program works perfectly for more than 6000 smartphones and tablets, including Apple, Samsung, HUAWEI, OPPO, Sony, HTC, Google, LG, Motorola, ZTE, and more. No matter your device is provided by AT&T, Verizon, Sprint or T-Mobile.

Ok itu dari website mereka, Mereka memberi kenyataan bahawa software mereka berfungsi untuk pelbagai telefon dari pelbagai jenama. Jom tengok gambar di bawah apa yang software ini boleh buat;

Lebih menarik lagi, anda boleh mengenal pasti model telefon yang support, dan juga Lenovo pun ada ! tetapi malangnya, ia memakan sehingga $39 untuk versi premium la. Tapi anda boleh guna trial ataupun free punya, saya pun tak pasti. Jom tengok Demo di bawah;

itu sahaja. Tamat. Jom tengok video dari Bijak Android di Youtube ! Hanya turun ke bawah dan anda akan jumpa la videonya. Video baru akan muncul pada minggu hadapan kerana masih bertempur dalam peperiksaan percubaan SPM. Doakan yang terbaik ya.

Baca juga :  5 Punca Android Anda Menjadi Panas dan Cara Atasinya
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker