Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Menggunakan Google Maps Offline (Tanpa Internet & Stabil)

AndroidPIT-google-maps-tips-and-tricks-7-w810h462

Anda mungkin perlu menggunakan Google Maps offline, ideal kepada anda yang mendapati diri anda memerlukan pentujuk laluan atau ingin mengetahui di mana anda berada apabila anda tidak mempunyai isyarat Wi-Fi, internet data atau anda tidak mahu membazir quota internet bulanan anda.

Ramai orang menggunakan Google Maps setiap hari, dan sesetengah pengguna bergantung sepenuhnya untuk mencari jalan mereka di seluruh dunia. Jika anda pernah mengembara ke sebuah bandar baru dan terpaksa mencari jalan, anda akan menghargai betapa bergunanya untuk mempunyai peta yang tersedia sepanjang masa.

Pada pendapat Bijak Android, fungsi ini amat berguna kepada pelancong asing kerana tak perlu membeli internet roaming yang mahal untuk melancong, tapi dengan Wifi hotel dengan telefon pintar, nada boleh gunakan Google Maps sepanjang masa. Walaupun korang ada internet, mungkin basic? Pasti menyakitkan hati, bila offline ni, lebih stabil ! Mungkin anda seorang rider, pemandu Uber? Mari baca, berikut ialah cara menggunakan Google Maps offline.

Cara Menggunakan Google Maps Offline

Langkah penting untuk menggunakan Google Maps offline ialah anda perlu buka aplikasi Google Maps yang terbaru terlebih dahulu dengan sumber internet; untuk memuat turun dan menyimpan data yang anda perlukan. Anda perlu melakukan sedikit persiapan di rumah atau di hotel anda jika anda ingin melaksanakan perjalanan sebelum anda boleh pergi ke serata dunia dan menggunakan peta anda tanpa sambungan internet.

  • Buka Google Maps (dan ada internet) dan cari lokasi yang anda inginkan.
  • Sebaik sahaja anda memilih lokasi / kawasan yang anda ingin simpan untuk kegunaan offline, cara paling mudah untuk memuat turunnya ialah pergi ke menu pilihan dengan menekan option(ikon tiga baris di atas hujung kiri) dan pilih Offline maps.

use_google_maps_offline_01-w782

  • Nanti ada popup yang mengatakan β€˜adakah anda ingin memuat turun maklumat ini?’, hanya tekan Ya.
  • Baiklah, sekarang pilih saiz peta yang anda ingin muat turun.

> Makin besar saiz, makin besar saiz data yang anda perlu muat turun. Tapi lebih besar kawasan yang anda ada, jika sesat; ia amat berguna. Jangan risau, maklumat jumlah data yang ingin dimuat turun akan diberitahu.

  • Jika anda sudah gembira dengan pilihan anda, tekan Download.

Tips/Nota:

  • Selepas muat turun kawasan anda, anda boleh memberi nama kepadanya. Contohnya, saya muat turun seluruh kawasan Kuala Lumpur, maka saya beri nama β€˜Kuala Lumpur’ la jawabnya.

use_google_maps_offline_03-w782

  • Anda boleh akses semula ke peta offline ini di option offline maps.
  • Anda boleh menghidupkan fungsi auto-update, supaya arah jalan tidak menyebabkan anda pergi ke jalan yang tutup. Sebab itu selepas 30 hari, data itu akan terlupus sendiri jika anda tidak update. Anda boleh pilih auto-update melalui Wifi sahaja atau internet data.

Had bagi Google Maps offline

Sebaik sahaja anda telah memuat turun peta anda, anda dapat menggunakan kawasan itu dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan jika anda bersambung dengan internet data atau Wi-Fi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa had fungsi offline ini, kebanyakannya mengenai saiz lokasi yang anda cari.

Anda tidak boleh memuat turun peta, katakan, seluruh Malaysia. Kotak muat turun yang anda tarik sekitar kawasan yang anda inginkan mempunyai saiz yang terhad, dan tidak mungkin dapat untuk memuat turun apa-apa yang mengambil lebih daripada 1.5GB ruang storan.

Apabila offline juga, maka anda tidak dapat maklumat terkini seperti jalan perlahan atau ada kemalangan, tapi masih berguna juga kan. Itu sahaja, mudah kan? Okay mulai sekarang, anda nak guna offline ke online untuk Google Maps ?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker