Trik dan Tips Telefon Pintar

Trik Download Movie Paling Mudah dengan Google Dorks

Hai semua! Hari ini saya akan mengajar anda tentang bagaimana anda boleh download terus mana-mana Filem Menggunakan Google Dorks. Maka sekarang, saya nak ajar cara download movie percuma dan gratis tanpa apa-apa aplikasi tambahan.

Tutorial ini sememangnya pantas, mudah dan kacang goreng. Semua orang suka menonton filem download bukan? Yelah, dekat TV cerita sama je huhu. Hari ini saya akan memberitahu anda tentang filem dan itu sahaja. Dimana anda boleh memuat turun filem-filem itu dalam HD dengan sangat cepat.

Apabila anda melawat mana-mana laman web, anda akan melihat banyak butang muat turun palsu dan terlalu banyak link muat turun, termasuk yang rosak. Ada juga link yang akan diberikan mungkin berfungsi tu jangan risau.

Yang lagi teruknya, Anda akan terbuka banyak iklan dan tanpa disedari oleh pengetahuan anda. Perkara tersebut membuktikan bahawa anda tidak boleh memuat turun filem-filem hanya dalam satu klik sahaja. Ini kerana mereka akan menggunakan url shorterner dan sebagainya. Maka, proses nak download filem ni boleh memakan 10 minit, atau lebih lama. Leceh kan?

Dalam artikel hari ini saya akan memberitahu anda trik yang akan membantu anda untuk memuat turun filem-filem tersebut dalam 30 saat dan tanpa iklan. Sebelum itu, mari kita kenal apa tu Google Dork.

Baca juga :  Cara Mengesan Telefon Palsu

Apa itu Google Dork?

Anonymous

Google Dork adalah sesuatu yang baru tapi bukannya daripada Google sendiri. Sekarang, Google Dork juga dikenali sebagai penggodam Google. Apabila anda memasukkan beberapa kata kunci dalam carian Google, terdapat beberapa hasil yang akan dapat dengan pantas apabila menggunakan Google dork.

Maklumat tersebut mungkin sangat berguna untuk anda dan orang lain kerana boleh melihat dan memuat turun fail dengan mudah di komputer atau telefon bimbit anda. Google mempunyai banyak kata kunci tertentu seperti jika anda ingin mencari sesuatu yang berkaitan dengan laman web anda; hanya tulis site:(link) . Contohnya site:BijakAndroid.ml)dalam Google Search. Maka, google akan proses carian anda dan akan memaparkan keputusan yang anda minta. Anda juga boleh baca tentang Google dork selanjutnya di Wikipedia.

Maka, selepas mencari filem anda menggunakan trik yang saya ajar kejap lagi, Google akan mencari websote yang mempunyai sambungan ftp dan anda akan dapat memuat turun fail-fail tersebut dengan mudah. Trik ini pasti akan memberi anda website muat turun yang berfungsi dan juga dalam HD. Tidak ada peluang untuk anda menerima sebarang iklan atau sesuatu yang annoying. Apa itu FTP pula? FTP ni tempat tersimpannya data-data mereka dalam server.

Baca juga :  Tips Penjagaan Bateri Telefon Untuk Tahan Lebih Lama

Trik Mudah Download Movie

Sebelum kita mula, apa yang kita perlukan?

  • Sudah pastinya sebuah browser. Pilih la yang anda minat, macam saya, saya pakai Mozilla Firefox, kerana Google Chrome sewel dengan Windows Update yang baru ni.
  • Apabila borak pasal Google Dork, anda kenalah buka Google.
  • Seterusnya, anda perlu gunakan Google Dork di bawah.

Movie Name -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi) (Takleh copy? Tekan sini.)

1


1. Di movie name , anda boleh gantikan dengan nama filem yang anda mahu download. Contohnya; Deadpool -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi).

2

2. Apabila keluar hasil carian seperti berikut, tekan yang mana-mana anda suka. Confius? Pergi cabut bunga sampai kelopak dia habis tengok sangkut kat mana. Nanti keluar macam ni.

3

S3. ekarang, anda akan nampak terang lagi bersuluh direct-link file Deadpool yang kita cari tadi.

Apa pula tu direct-link? Ia merupakan link yang bebas iklan dan jika anda tekan pada link tersebut, ia akan terus download. Jom baca penuh di sini.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Sebab kita guna format ni :

Movie Name -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi)

inurl (htm | html | php | pls | txt)

Ini bertujuan bagi mencari nama file di dalam URL. Kebanyakan kali terdapat nama kata kunci yang diberikan dalam link itu sendiri, dan ia akan mencari semua link yang mempunyai sambungan yang dinamakan sebagai htm, html, php, pls, txt.

Baca juga :  Cara Mainkan Video YouTube Dalam Latar Belakang (Back Ground) Pada Telefon Pintar Android & iOS anda

intitle: index.of “last modified”

Ini bermakna ia akan mencari tarikh yang terbaru apabila fail dimuat naik, supaya anda boleh merasakan keenakan HD dari Timur Tengah, dan anda boleh memuat turunnya dalam kelajuan yang padu tanpa limit.

(mp4 | wma | aac | avi)

Ini mudah. Filem anda akan dicari yang mempunyai format mp4, wma, aac, format avi sahaja. Laman-laman ini adalah tapak protokol FTP (pemindahan fail). Yang dimaksudkan untuk memuat turun fail sahaja. Anda juga boleh tambah format yang anda inginkan.

Kesimpulan

Mulai sekarang, anda boleh mencari mana-mana filem pilihan anda dengan bantuan Google Dorks. Namun, Terdapat peluang yang rendah untuk mendapatkan filem baru tetapi anda akan mendapati berjuta-juta filem yang lama dengan trik ini. Sekarang, anda tidak lagi terseksa untuk download filem yang penuh dengan dugaan iaitu iklan yang menyakitkan hati. Terima kasih kerana baca sampai habis ya, kalau suka, boleh share dengan member-member. Sian dorang taktau trik ni hahaha.

Ada masa lebih tak? Jom tengok video pertama Bijak Android di Youtube: Android Phone vs. iPhone


Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami