Apa Itu ?Lain-Lain

Apa itu VPN? | 5 VPN Terbaik Percuma

Apa itu VPN?

Virtual private network (VPN) adalah teknologi yang mewujudkan sambungan yang selamat dan encrypt ke atas rangkaian yang kurang selamat, seperti internet.

Teknologi VPN telah dibangunkan sebagai satu cara untuk membolehkan pengguna dan pekerja pejabat mengakses aplikasi korporat dan sumber lain dengan selamat.

 Untuk memastikan keselamatan, data akan melalui tunnel yang selamat dan pengguna VPN mesti menggunakan kaedah pengesahan – termasuk kata laluan, token dan kaedah pengenalan unik yang lain – untuk mendapatkan akses ke VPN.

Kebaikan dan keburukan menggunakan VPN

Manfaat menggunakan VPN yang selamat adalah dapat memastikan tahap keselamatan anda terjamin, apabila sistem yang bersambung dengan internet  yang asalnya tidak boleh berbuat demikian.

Prestasi VPN boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, diantaranya ialah kelajuan  internet pengguna, jenis protokol pembekal perkhidmatan internet boleh digunakan dan jenis penyulitan yang digunakan oleh VPN. Prestasi juga boleh terjejas oleh kualiti perkhidmatan dan syarat yang tidak berada di luar kawalan IT seperti lokasi server yang jauh.

Daripada gambar di atas, kita dapat tahu bahawa beza antara pengguna VPN atau tidak.
Yang menggunakan VPN, data anda akan dikunci oleh VPN sebelum tiba kepada pembekal internet. Manakala yang tidak menggunakan VPN, maka data anda terus sampai ke pembekal internet anda.

Baca juga :  CARDEA Liquid M.2 PCIe SSD - Yang Pertama Dengan Penyejuk Cecair Terbina

Maka, vpn dapat mengatasi apa yang dihalang oleh pembekal internet seperti akses kepada website terlarang dan mengubah lokasi kita (bergantung kepada server yang anda connect)

Maka, apa yang kita buat akan kekal selamat kerana kita dalam anonymous mode semasa menggunakan VPN.

Selain itu, jika anda connect Wifi di tempat awam dan bertujuan melakukan kerja yang mempunyai maklumat sensitif, pasti anda perlukan VPN kerana dapat melindungi anda daripada hacker.

Berdasarkan pengalaman saya semasa tingkatan 3, betapa mudahnya nak pantau mana-mana pengguna yang bersambung dengan WIFI dengan sebuah telefon Lenovo seperti dapat tahu mereka tengah buka website apa, gambar apa yang mereka tengah akses dan sebagainya.

Baca juga :  20 Root Apps Terbaik 2018 (Terbaru)

Protokol VPN

Terdapat beberapa protokol yang berbeza yang digunakan untuk menyulitkan data pengguna:

  1. Keselamatan IP (IPsec) 
  2. Lapisan Soket Soket (SSL)
  3. Keselamatan Layer Pengangkutan (TLS) 
  4. Protokol Terowong Titik Ke Titik (PPTP) 
  5. Protokol Terowong 2 Lapisan (L2TP) 
  6. OpenVPN

Macam mana nak pilih VPN?

Nak selamat, VPN haruslah yang berbayar. Jika percuma, mungkin syarikat tersebut akan menjual data anda kepada orang lain.

Pilih VPN yang menawarkan lokasi server yang berdekatan dengan anda. Hal ini dapat mengurangkan ping dan meningkatkan kelajuan internet.

Jika anda nak beli VPN, buat sedikit research terhadap VPN tersebut. Jika anda ada maklumat sensitif, guna VPN yang menawarkan jaminan “No logs” di mana ia tidak akan menyimpan data anda.

Baca juga :  Top 10 Game Android Berbayar & Dapatkannya Secara PERCUMA

Jika anda jenis kaki torrent, pilih VPN yang supoort. Jika tidak, VPN ada akan diban serta merta.

Top 5 VPN Terbaik 2018 Percuma

5.  Hide My Ass – Hebat untuk streaming Netflix

4. Pure VPN – Sertai lebih dari 1 juta pengguna yang berpuas hati

3. Cyberghost – Melayari internet secara peribadi dengan keselamatan lengkap

2. Nord VPN – Nikmati privasi & akses dalam talian tanpa sekatan

1. Express VPN – Cepat & melayari tanpa had

Apa pendapat anda? Sila komen di bawah jika ada sebarang komen.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami