Trik dan Tips Telefon Pintar

5 Trik Mudah Untuk Mengelakkan Storage Penuh

Tidak kira telefon yang digunakan, pastinya akan kehabisan storan. Update daripada Play Store, game yang berat, gambar, muzik dan video. Ini bermakna storage saya akan penuh dan bukan saya sahaja yang menghadapi masalah ini. Justeru, saya nak kongsikan langkah-langkah yang saya gunakan.

Selain menjadikan telefon anda lebih perlahan, storage anda akan menjadi penuh hingga menghentikan aplikasi untuk beroperasi. Contohnya nak save data, mengambil gambar baru dan sebagainya. Maka pada hari ini, say no more to full storage.

1. Bersihkan sampah dalam telefon sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Storage telefon pintar sebahagian besarnya digunakan oleh tiga perkara:

  1. Data aplikasi
  2. Data cache (sampah)
  3. Data pengguna (muzik, foto, video, dan lain-lain)

Mujurlah, kita boleh mengawal ketiga-tiga perkara ini. Luangkan sedikit masa untuk uninstall aplikasi yang tidak digunakan, delete cache dan fail yang tidak perlu, dan hapuskan apa yang anda tidak perlukan. Atau gunakan aplikasi untuk melakukan kerja untuk anda.

Aplikasi yang wajib anda install adalah Clean Master. Walaupun anda boleh delete cache dengan cara manual, tapi guna aplikasi ini lebih mudah kerana dengan satu klik sahaja. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk uninstall banyak aplikasi dalam satu masa serta boleh boost RAM.

Baca juga :  Apa itu GBWhatsapp | Cara Menggunakan GBWhatsapp

Jika telefon anda telah root, anda boleh delete segaka jenis sampah yang ada dalam telefon, which is more powerful. Ini kerana anda boleh delete file yang tertiggal semasa uninstall dan sebagainya. Ini boleh dilakukan oleh SD Maid & ES File Explorer.

Baca juga: Cara Root Semua Telefon Android dengan Mudah

Jika anda tidak mahu memadam data penting anda, mungkin anda boleh transfer ke tempat yang lain supaya storage telefon anda lebih banyak.

Sebagai contoh, folder DCIM, Muzik dan Video boleh disimpan ke komputer anda untuk disimpan. Untuk melakukan ini, sambungkan telefon anda ke komputer anda dengan kabel USB dan buka kunci telefon anda.

Pindahkan folder atau fail yang anda tidak perlu terutama pada telefon anda ke komputer anda. 

2. Gunakan microSD kad.

Walaupun usaha Google untuk mengehadkan penggunaan pengembangan microSD, ingatan yang boleh diperkembangkan sama seperti yang biasa.Dan walaupun telefon anda tidak mempunyai slot microSD, anda masih boleh menggunakan microSD untuk mendapatkan lebih banyak ruang penyimpanan.

Baca juga :  Aplikasi Chrome Terbaru mempunyai fungsi Dark Mode dan Cara Mengaktifkannya

Menggunakan kad microSD untuk ruang penyimpanan tambahan, ia akan membantu menjimatkan ruang dalam storan dalaman terhad telefon anda. Jika telefon anda mempunyai slot untuk kad microSD, anda boleh menyimpan foto atau muzik kepadanya, meninggalkan storan dalaman untuk aplikasi atau fail penting.

Jika telefon anda tidak mempunyai slot untuk kad microSD, anda boleh menggunakannya melalui USB OTG atau dengan iFlash.

Anda boleh pindahkan beberapa aplikasi ke storan sdcard, tetapi ia tidak digalakkan kerana ia akan mengambil masa untuk loading. Gunakan sdcard untuk fail dan storage telefon untuk aplikasi sahaja untuk keseimbangan.

3. Gunakan Cloud storage.

Jika gambar dan video memenuhkan telefon anda, cuba hantar mereka ke atas cloud. Gunakan aplikasi seperti Google Photos kerana ia memberi ruang simpanan dalam cloud dengan percuma. Anda boleh gunakan servis daripada syarikat lain seperti di bawah.

4.  Delete fail yang telah dihantar melalui Whatsapp.

Trik ini selalu digunakan oleh saya. Jika anda seorang yang busy dan sering menghantar gambar kerja dan video melalui Whatsapp, gunalah trik ini.

Baca juga :  Cara buat Duit Online (REAL!)

Terdapat satu folder khas di dalam Whatsapp iaitu “Sent”. Di mana gambar dan video yang telah dihantar akan kekal di dalam telefon tanpa muncul di Gallery.

Untuk mengakses folder ini, anda boleh menggunakan mana-mana file manager dan pergi ke phone storage > Whatsapp > Pictures/Videos/Document > Sent .

Di dalam folder sent tersebut, anda boleh delete semua. Ia tidak akan menganggu gambar anda didalam Galery. 

Sedikit maklumat semasa menggunakan file manager, sdcard0 adalah phone storage dan sdcard1 adalah storage luaran.

 

5.  Masalah Facebook.

 Jika anda lihat memori yang digunakan oleh Facebook, ia pasti akan memeranjatkan anda. Walaupun dah clear cache, data facebook masih tinggi. Tiada cara untuk delete data tersebut kecuali “Clear data”, namun Facebook anda akan log out dengan sendirinya.

Bagaimana anda membersihkan ruang telefon Android? Penyelesaian apa yang anda gunakan? Beri tahu kami di ruang komen dibawah.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker