Berita Teknologi

Jenama Motorola kian lesap, namun kuasa besar di Amerika Latin

Kedudukan Motorola di Amerika Latin secara dramatik berbeza dari AS dan Eropah serta Asia. Dulu di Malaysia sebelum wujudnya Android, saya masih ingat lagi sewaktu kecil jenama Motorola ini diantara yang terkenal.

Menurut Andrew Martonik, beliau menghabiskan beberapa hari di São Paulo, Brazil minggu ini untuk menghadiri acara pelancaran Motorola untuk Moto G6 dan Moto E5 . Bukan sahaja bandar yang indah yang dipenuhi dengan orang-orang hebat dan makanan yang enak, tetapi ada cara terbaik untuk memahami betapa berbeza Motorola dilihat dan dipeluk di Amerika Latin berbanding Amerika Syarikat dan Eropah Barat.

Cara paling mudah untuk memahaminya ialah Motorola adalah kuasa besar di Amerika Latin, dan apabila beliau berada di sana, dengan segera pandangan beliau tentang kedudukan syarikat tersebut di persada dunia. Ia bermula semenjak beliau mendarat di lapangan terbang Guarulhos di São Paulo – telefon Motorola berada di mana – mana . Pelancong datang dan pergi, terpaku dengan Motorola mereka dengan cara yang sama orang di Amerika Syarikat tidak dapat dipisahkan dari iPhone mereka.

Baca juga :  Vivo APEX 2019 - Peranti Futuristik Tanpa Sebarang Port

Menurut beliau lagi, “Pemandu saya dari lapangan terbang menuju ke hotel menggunakan Waze di Moto G5 nya”. Beliau Berjalan dan duduk di sebuah restoran, lalu memberi perhatian kepada telefon yang digunakan oleh semua orang dan mendapati kebanyakannya ialah Moto Gs.

Wow, menarik kan kisah beliau dan Motorola di Amerika Latin? Jom sambung..

Kita fokus pada AS dan Eropah, sudah pastinya kita tahu bahawa Motorola bukan pilihan jenama yang popular. Di Malaysia pula, macam lesap kan ?

Walaupun Motorola membuat telefon pintar yang baik tapi tidak dapat memegang saham besar di pasaran – angka baru saham yang dikeluarkan ialah dibawah 5% di Amerika Syarikat.

Baca juga :  Nubia Red Magic 3S Diperkenalkan - Snapdragon 855+, UFS 3.0 dan Sistem Penyejukan Terbina

 Tapi kalau kita tengok di Amerika Latin, jauh bezanya dengan saham di US. Motorola adalah kuasa yang sangat besar. Ia mempunyai lebih daripada 20% bahagian pasaran di Brazil , yang baik untuk tempat kedua, walaupun Samsung berada di tempat pertama yang mantap pada kira-kira 40%. Dan Motorola pada uptick walaupun di Brazil – ia berada di bawah penguasaan pasaran 15% hanya beberapa tahun lalu.

Statistik di Brazil, 93% pengguna telefon pintar adalah Android. Maka tak mustahil lah jika Samsung di tempat yang pertama dan Motorola di tempat yang kedua. Mesti kita pelik kan mengapa lain bahagian di dunia, lain-lain minat ? Faktor terbesar sekali ialah kos sara hidup yang tinggi.

Baca juga :  Android 10 Kini Tersedia Buat Pengguna Pixels

Mujur di Malaysia negara yang mempunyai ekonomi yang agak stabil, rata-rata pergi ke mana-mana tempat selalu nampak iPhone dan Samsung. Euw what are you talking about?

Lain di India dan negara jirannya, telefon bimbit asas seperti Nokia 3310 merupakan top seller di negara tersebut. Berpatah balik kepada Motorola, kita boleh ambil iktibar bahawa pergilah tempat yang kita diterima.

Pilihan raya pun nak tiba dah, saya sebagai penulis mewakili generasi muda negara agar anda membuat pilihan yang tepat. Bak pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Ingat, janji Melayu pukul 2 dah jumpa tapi pukul 2 baru bangun.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker