Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Root Telefon Android 2018 [Tanpa & Dengan PC]


Walaupun Cara Root Telefon Android telah dikupas sebelum ini, mari kita ketahui kaedah yang terbaru untuk root telefon versi Android yang terbaru. Sejak akhir-akhir ini, telefon dalam pasaran semasa menggunakan Android KitkatLollipopMarshmellowNougatOreo dan akan datang ialah Android P. Maka, untuk root versi Android yang terbaru, kita akan menggunakan software yang berbeza-beza.

Apa yang anda akan belajar?

  • Cara root Android tanpa PC
  • Cara root Android dengan PC

Di Malaysia, jenama telefon Android yang terkenal ialah Asus, Samsung, Lenovo dan Xiaomi. Kepayahan proses rooting juga bergantung kepada jenama telefon sebenarnya. Mari kita ketahui antara kelebihan root dan keuntungan root.

  • Dapatkan full access keatas telefon sendiri

Bila dah root telefon, anda boleh buat apa yang anda mahu tanpa disekat.

  • Automate telefon untuk buat macam-macam
  • Melajukan telefon anda
  • Memanjangkan jangka hayat bateri
  • Boleh menyekat iklan-iklan
  • Boleh uninstall aplikasi yang kekal

Dengan adanya root, anda boleh uninstall aplikasi yang tersiap ada dari kilang. Boleh jimat storage.

  • Dan macam-macam lagi.

Persediaan sebelum memulakan proses rooting

  • Pastikan Bateri telefon anda penuh

Jika tengah rooting dan telefon anda mati, mungkin boleh merosakkan telefon anda (brick)

  • Ada internet

Lagi bagus jika menggunakan wifi kerana ia memerlukan kuota yang agak banyak untuk download file rooting.

Akibat root

  • Mengakibatkan warranty telefon anda terus tamat
  • Telefon boleh brick (rosak) jika tak reti sabar

Saya tak akan bertanggungjawab atas kerosakan yang anda buat. Kesabaran itu penting, root memang lama. Tapi jangan takut, sebab ramai dah root & berjaya. Yang failed tu sebab salah kaedah atau tak sabar langsung !

Sebelum kita memulakan proses rooting, diharapkan anda meniliti perkara berikut;

  • Jika lain jenama, lain model, maka kaedah root adalah berlainan
  • Guna software PC adalah terbaik berbanding guna aplikasi android
  • Guna software yang support telefon anda

    Kaedah 1-Cara Root Telefon Android Tanpa PC

    Kaedah ini paling mudah dan menjimatkan masa. Namun kaedah ini bukan support untuk semua telefon ataupun versi Android.

    Aplikasi Rooting terbaik;

    • iRoot

    Download APK | Supported Device | Tutorial

    • KingoRoot

     Download APK | Supported Device | Tutorial

    • KingRoot

     Download APK | Supported device: Lebih 10 000 telefon | Tutorial

    Apa itu APK? Boleh baca di sini dan belajar cara install APK.

    PERINGATAN !
    1. Walaupun telefon tiada dalam senarai β€˜Supported device’, anda boleh juga cuba. Belum cuba belum tahu kan?
    2. Aplikasi tersebut hanya support rooting sehingga Android Lollipop 5.0 sahaja (Kecuali KingoRoot kerana ia boleh root sehingga Android 7.0)
    3. Jika semua aplikasi tersebut failed, anda boleh menggunakan kaedah ke-2

    Kaedah 2-Cara Root menggunakan PC

    Rooting menggunakan PC sememangnya lebih bagus kerana support lebih banyak telefon dan peratus berjaya adalah lebih tinggi serta support rooting versi Android 5.0 dan keatas.

    Software terbaik untuk root menggunakan PC

    Support sehingga Android 6.0, manakala Android 7.0 tidak pasti. Dikatakan Tidak menganggu warranty.

    Support sehingga Android 7.0

    Langkah-langkah Root Telefon Android

    1. Backup Data penting – sila pindahkan fail berharga ke SDCard dan cabut sebelum rooting
    2. Gunakan kaedah 1 atau kaedah 2
    3. Check sama ada telefon anda sudah root menggunakan Root Checker
    4. (Optional) Jika root manager anda ialah KingUser, lebih baik digantikan dengan Supersu.

    Kalau dah siap root tetapi apabila menggunakan Root Checker dan masih β€˜belum root’, ada boleh Unroot melalui Kinguser/SuperSu dan root semula.

    Selepas telefon kita sudah root, mari kita install Aplikasi untuk telefon rooted yang terbaik.

    Back to top button

    Adblock Detected

    Please consider supporting us by disabling your ad blocker