Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Menipu Lokasi Sebenar GPS Telefon Pintar [Mudah !]


Setiap telefon pintar dilengkapi dengan GPS iaitu Global Positioning System. GPS ini menggunakan satelit untuk mencari lokasi anda di mana jua anda berada. Jika anda tekan simbol GPS dalam Google Maps, ia akan memaparkan lokasi tepat anda berada. Maka, marilah kita belajar cara untuk memalsukan lokasi GPS di Android.

Trik ini tidak membawa sebarang risiko kepada telefon anda. Maka jangan risau tentang keburukannya, tapi fikirlah tentang keseronokkan untuk menipu orang lain. Kita boleh tipu lokasi GPS ke mana-mana yang kita mahu, seperti di London atau Madrid walaupun kita duduk diam-diam dekat rumah. Yang main game seperti Pokemon Go pun boleh guna trik ini. Mari kita mula.

Cara Menipu GPS di Android

1. Kita kena install Fake GPS Location – Hola
cara menipu gps

2. Menukar ketepatan pencarian lokasi di setting;
    i. Buka Setting
   ii. Pergi ke ‘Location’
  iii. Tekan ‘Mode’ dan pilih ‘Device Only’
Android-Location-Mode

3. Enable ‘Developer options’
Developer options ini kita kena enable dengan manual. Lepas enable, baru kita nampak developer options ini ada dalam setting. Mudah aje;
   i. Buka setting
  ii. Pergi ke ‘About phone’ atau ‘About device’
iii. Tekan pada ‘Build Number’ sebanyak 7 kali

4. Enable ‘Allow mock locations’

  • Android 5 ke bawah;

   i. Buka Setting
  ii. Pergi ke ‘Developer Options’
iii. Tick kotak pada ‘Allow Mock Location’
How-to-fake-your-gps-location-on-Android-guide-02

  • Android 6 ke atas

   i. Buka Setting
  ii. Pergi ke ‘Developer options’
iii. Tekan ‘Select mock location app’
iv. Pilih ‘Fake GPS location – Hola’
Android-Mock-Location

5. Cara guna Fake GPS location – Hola
   i. Pilih lokasi yang anda mahu
  ii. Tekan button Play untuk mulakan trik
Hola-Fake-GPS-location-3
SIap. Mudah je kan? Diharapkan anda jangan kelentong kuat sangat ye. Selamat mencuba !

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker