Apa Itu ?Lain-Lain

Apa itu Magic Card (Kukis) ? Baca dulu sebelum kena tangkap!

Magic card atau dikenali sebagai kukis adalah isu yang panas di kalangan kaki gamer. Kenapa pulak ? Dalam kebelakangan setahun dua ni, ramai dah guna kukis untuk beli topup game.

Di dalam global chat setiap game, mesti ada yang promote kukis. Ada yang cair kerana kukis ni memerlukan modal serendah RM100 tapi boleh guna sehingga ribuan ringgit.

Tapi mesti tak tahu kan maksud sebenar kukis ni ? Jangan terkejut okay. Kukis ini dalam istilah sebenar ialah carding, dimana ia menggunakan kredit kad yang diperoleh/dicuri oleh hacker.

Maksudnya, modal RM100 yang diperlukan adalah untuk membeli BIN kredit kad (Lupa pulak nama penuh dia) yang mempunyai maklumat penuh tentang kredit kad dan pemiliknya.

Baca juga :  4 Kamera Android Paling Cun 2018

Kesimpulannya, Magic card ialah bukan magic pun. Ia sebenarnya full detail of stolen credit card.

Maklumat tersebut seperti nombor kredit kad, CVV, tarikh lahir, alamat owner, tarikh tamat tempoh dan sebagainya.

Secara terang-benderang penggunaan kukis untuk pembelian topup dalam game ialah bukan milik kita. Kita guna duit orang untuk beli barang kita.

Maka, penggunaan kukis ini sememangnya haram. Bukan nak sembang pasal agama, tapi fikirlah apa yang akan terjadi kepada kita kelak. Takut buat dekat orang kena balik pada dari sendiri.

Kesian la dekat pemilik kredit kad tu, tau-tau kredit kad cancel time nak melakukan pembayaran di kaunter.

Okay dah tamat. Jom bincang macam mana kredit kad kita kena curi.

Baca juga :  Torrent vs Direct Download | Penjelasan Penuh !

Macam mana nak selamat dari credit card kena curi?

Dunia sekarang ni banyak hacker dan banyak kaedah terbaru. Biasalah, nak kaya cepat kena aniaya orang. Itu satu kepastian.

Skimming ialah mencuri maklumat kredit kad secara langsung. Contoh, tempat cashier nak slide credit card tu maybe ade tracker. Jika anda slide maka detail anda akan tersimpan dan boleb digunakan oleh skimmer.

Cara nak atasinya? Slide di tempat yg betul. Smimming banyak berlaku di Amerika Syarikat. Di Malaysia tak pernah dengar pula.

Kaedah kedua ialah hack website shopping. Ada separuh website yg simpan maklumat credit card dlm database. Jika database kena hack, maka credit card anda la kena curi.

Baca juga :  JANGAN Guna Pengecas USB Jenis Ini!

Cara atasi? Kalau boleh elakkan la ye daripada beli online guna card. Hanya guna dkt website yang dipercayai kerana mereka menekankan keselamatan pembeli. Kalau lazada boleh bayar melalui 7E je.

Be smart, we safe. We care, we share, WeChat.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami