Lain-Lain

Torrent vs Direct Download | Penjelasan Penuh !

Apa itu torrent? Apa itu direct download? Mengapa torrent lebih bagus? Bagi kepada siapa-siapa yang masih belum tahu, sila baca artikel ini sehingga habis kerana anda akan lebih suka download movies dan games !

Pada zaman yang serba canggih ini, aktiviti memuat turun merupakan satu hobi kepada setiap individu pengguna telefom pintar. Misalnya, kaki movie, kaki lagu dan kaki kpop. Tapi diantara 3 kumpulan ini, kaki movie inilah yang terpaksa menahan kesakitan untuk menunggu proses muat turun hingga selesai.

Walaupun kita ada internet berkelajuan tinggi, proses muat turun juga akan memakan masa yang lama jika kita salah muat turun dari server yang perlahan. Maka, anda haruslah bijak memilih platform untuk download dengan masa yang lebih singkat.

Apa itu Direct Download

Direct download ialah kita muat turun sesuatu fail dari server secara langsung. Hanya ada dua pihak sahaja iaitu anda dan server. Contoh direct download ialah anda muat turun gambar dari google & muat turun lagu dari website.

Apa itu torrent download

Peer-to-peer ataupun P2P adalah torrent. Jika direct download melibatkan anda dengan server, maka torrent bukanlah sebegitu. Torrent ialah perkongsian fail dari orang ke orang.

direct download vs torrentDirect download vs Torrent (untuk fail ringan)

Untuk download fail yang ringan, gunalah direct download kerana ia lebih cepat dan memudahkan. Manakala torrent ni ada kerja sikit untuk dilakukan (nanti saya terangkan tapi tak susah pun) untuk download satu fail.

Kualiti speed download antara direct download dan torrent untuk fail yang ringan, direct download adalah pemenangnya. Hal ini kerana anda download dari server dan server merupakan simpanan yang stabil, maka speed download akan ikut kelajuan internet anda.

Baca juga :  17 Langkah Untuk Kurangkan Lag & Lajukan Komputer/Laptop Anda [SANGAT MUDAH]

Lain pula torrent, kualiti speed untuk fail yang ringan mungkin tak bagus. Hal ini kerana fail yang ringan mungkin lagu, gambar atau video pendek tak famous. Sebab orang torrent benda yang berat dan famous seperti moives dan games.

Jika fail torrent tak famous, bilangan P2P antara pengguna adalah rendah dan tak berkualiti. Ini akan mengakibatkan anda sengsara menggunakan torrent untuk mendownload fail yang bersaiz rendah.

Selain itu, jika anda menggunakan internet yang perlahan, direct download lebih sesuai. Jika guna torrent, mungkin tidak akan siap download.

Direct download vs Torrent (untuk fail berat)

Lain pula kes untuk fail berat seperti movies dan games. Permintaan fail sebigini adalah tinggi dan juga famous. Hal yang demikian, torrent adalah platform terbaik bagi anda untuk download fail tersebut.

Sebelum itu, mari saya terangkan mengapa direct download teruk bagi fail sebegitu. Oleh sebab kita hanya insan biasa yang tiada akaun premium website download;

  • Speed yang amat perlahan

Bukan salah penyedia internet walaupun internet kita berkelajuan tinggi tetapi memakan masa yang lama untuk download. Hal ini kerana setiap website download tersebut ada pengehad kelajuan.

Kebiasaannya yang paling laju ialah 4 mbps, sedangkan internet kita berkelajuan 10 mbps. Rasa teruk bukan?

  • Iklan iklan iklan iklan

Siapa suka iklan? Tiada siapa suka. Tapi kita tetap redha kerana itu sumber pendapatan mereka. Tetapi jika iklan yang ‘annoying’, lagilah tiada siapa suka. Website download selalunya menggunakan popup dan iklan yang terbanyak amat sangat gila.

Jika anda nak atasi 2 masalah tersebut, anda boleh melanggan premium ataupun cuba alternatif lain iaitu torrent.

Sebab mengapa torrent lebih bagus berbanding direct download

  • Kelajuan internet yang lebih laju
Baca juga :  4 Kamera Android Paling Cun 2018

Kelajuan download torrent berdasarkan dua faktor; iaitu kelajuan internet anda dan kualiti P2P. Jika kedua-dua tersebut anda dapat peroleh, maka tak mustahil la nak download fail 2GB dalam 30 minit.

Selain itu, torrent tiada pengehad kelajuan, anda bebas dari dikekang.

  • Tanpa perkara yang mengarut

Kena tunggu 30 saat sebelum download? Kena layan beberapa iklan dulu baru boleh download? Tak boleh download lagi selepas beberapa jam? Dengan torrent, kini tiada perkara yang mengarut akan wujud.

  • Boleh tahu informasi penuh

Kita boleh baca informasi penuh tentang fail yang ingin didownload. Torrent uploader bukan calang-calang orang, mereka juga pentingkan kualiti.

  • Boleh cek kualiti melalui komen dan vote

Fail yang famous mesti ada banyak komen dan vote. Maka anda boleh buat penilaian sendiri sebelum download.

  • Tahan berbulan-bulan

Pernah tak nak download fail dari website download, tetapi ada “Your file has not found” ataupun “Remove by admin due to DMCA policy”. Hal ini kerana kumpulan anti-piracy akan ban fail-fail cetak rompak dan anda akan berasa hampa.

Manakala torrent merupakan bukan jenis server, anti-piracy ini tak boleh nak sekat kerana rangkaian yang besar. Maka fail tersebut akan berada di dalam website torrent untuk berbulan lamanya.

  • Boleh pause

Separuh direct download tidak membenarkan pengguna percuma untuk pause download mereka. Jika anda pause pada 90%, maka fail anda akan rosak dan ingatlah bahawa ada orang yang lebih malang daripada kita.

Dengan torrent yang menggunakan software, anda boleh pause dan bermacam-macam lagi.

  • Menjimatkan kuota

Jika kita nak download fail RAR/ZIP dari direct download, kita haruslah download kesemuanya. Manakala torrent, anda boleh untick fail yang tak ingin didownload.

Baca juga :  Tiga Phone Gaming dengan Prestasi yang Mengagumkan dan Pasti Menyelamatkan Poket Anda!

  • Mudah cari fail

JIka kita cari fail dari google, kena cari website yang lain-lain jika takde apa yang kita nak. Manakala di torrent website, terdapat banyak fail yang boleh search. Selain itu, ada juga torrent search engine yang berperanan seperti google yang akan membantu anda cari fail torrent dengan mudah.

Antara website Torrent yang popular

Jika tak boleh akses, anda boleh google dan tambah ‘mirror site’. Contohnya “The pirate bay mirror site”.

Selamat ke torrent ni ?

Sepanjang kita berada didalam alam maya, kita tak pernah selamat. Takde beza pun dengan torrent site ni. Tapi sila la baca dulu.

  • Cara menjaga privasi (kerana ia melibatkan keselamatan kita)
  • Guna torrent downloader software yang selamat. Lihat sini.
  • Kena mengenal pasti antara fake dan real button. Lihat sini.
  • Oleh sebab torrent ni melibatkan bahan cetak rompak, anda telah melanggar hak cipta hasil sesuatu syarikat itu.

Cara download Fail menggunakan utorrent

1. Download uTorrent, install dan buka.

2. Buka The Pirate Bay atau Torrent search engine

3. Cari fail yang dikehendaki.

4. Tekan ‘Download Torrent’

5. Download fail torrent tersebut (ringan je) dan buka fail torrent tersebut.

6. Automatik utorrent akan mengenal pasti fail torrent tersebut, maka tekan ‘OK’.

Siap, proses download fail guna utorrent ni mudah je kan?

7. (Optional) Disebabkan torrent ni guna P2P, biarkanlah torrent berjalan supaya pengguna lain boleh download dari anda. Ini dipanggil ‘Seeding’.

Apa kata anda tentang direct download vs torrent ? Komen di bawah !!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker