Lain-Lain

Cara Membersihkan Sampah (Junk File) Di Komputer/Laptop Anda

Jika hard disk anda hampir penuh, mesti anda akan cari jalan untuk free up disk space. Jangan risau, anda di tempat yang betul. Selain daripada membersihkan junk file, komputer anda juga akan lebih laju kerana ia tidak perlu proses data yang tak diperlukan.

Keputusan di bawah adalah sebelum dan selepas hasil pembersihan sampah yang terdapat di dalam laptop saya, iaitu Windows 10. Walaupun laptop saya baru lepas format, masih dapat ‘sapu sampah’ hampir 4GB.
Captureselepas
Apa yang kita akan buat ialah delete cache & buang aplikasi yang tidak diperlukan. Sebelum itu, apa itu cache? Cache adalah fail yang terbentuk untuk mempercepatkan proses loading. Namun, ia akan memakan storage, jika cache tersebut tidak digunakan dan masih wujud dalam komputer anda, maka storage anda penuh akan penuh dengan cache.

Untuk fahamkan apa itu cache, kita akan guna browser. Kalau kita download sesuatu page, kalau kita buka balik maka ia akan terus terbuka. Manakala jika kita delete page tersebut, ia akan mengambil masa untuk buka kembali.

Baca juga :  Adakah Anda Percaya Pada Libra, Wang Digital dari Facebook?

Jika nak delete cache ini, pastikan delete yang boleh delete. Jangan delete cache yang diperlukan supaya dapat melajukan proses loading komputer. Jom kita baca bagaimana nak bersihkan sampah yang wujud dalam komputer kita.

Fungsi ini memang ada dalam Windows 10;

  • Windows 10 Update Cache

File yang telah didownload untuk update windows, masih ada dalam storage kita. Tapi kita kena delete secara manual. Jangan risau, cara ini selamat untuk digunakan. Untuk delete file tersebut, anda haruslah tekan windows key dan search lalu buka Command Prompt. Seterusnya, taip net stop wuauserv. Buka File explorer dan pergi ke C:WindowsSoftwareDistributionDownload, anda boleh delete semua file dalam folder tersebut.

clear-windows-cache-windows-update

  • Windows Store Cache

Windows store ni tempat kita untuk download software tanpa buka browser. Tapi, ia masih simpan cache. Untuk delete cache ini, kita perlu tekan windows key + R secara serentak. Lalu taip WSReset.exe dan tekan OK. Anda hanya cuma biarkan ia sahaja walaupun kita tak nampak apa-apa yang berlaku. Setelah beberapa saat atau minit, Windows store akan terbuka dengan sendirinya. Ini bermaksud cache tersebut sudah disapukan.

clear-windows-cache-windows-store

  • Disk Cleanup

Ini adalah tool yang agak power untuk bersihkan sampah-sarap. Tekan windows key dan taip Disk Cleanup untuk buka tool ini. Anda boleh mengosongkan Recycle bin, bersihkan thumbnail, delete file sementara dan sebagainya.

clear-windows-cache-temp-filescleanup-system-restore-shawdow-copies

  • Storage sense

Untuk buka tool ini, anda perlu tekan windows key dan taip lalu buka Storage. Storage sense ni boleh buang file yang tidak digunakan seperti file sementara dan recycle bin secara automatik.

storage-options-linkstorage-sense-windows10

Software lain untuk ‘sapu sampah’ yang boleh didapati di dalam google.

  • CCleaner

Software yang merupakan pilihan orang ramai untuk bersihkan sampah sarap. Maka anda juga wajib ada software ni kerana ia boleh bersihkan cache komputer, browser dan baiki registry.

  • Iobit Uninstaller

Jika anda uninstall software dengan cara biasa, masih ada file dan cache yang tertinggal. Maka software ini akan pastikan software yang diuninstall betul-betul lesap. Anda juga boleh uninstall aplikasi dan game yang sedia ada dalam windows seperti gambar di bawah.

iobit uninstaller

  • FileMinimizer Pictures

Jika gambar anda semua HD belaka, tapi semua terlalu berat sehingga makan separuh storage anda? Anda boleh guna software ini untuk compress gambar anda supaya lebih ringan.

Baca juga :  Jenis Keluaran Filem Yang Dicetak Rompak (CAM, RIP..)
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami