Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Bangun Awal Pagi Dengan Android (Tidur mati? Confirm Bangun Punya !)

alarm clock

Selalu bangun lewat ? Cara nak bangun lebih awal ? Tapi semua tips tak berkesan kepada anda ? Jangan risau… dengan adanya aplikasi Android yang boleh membantu anda bangun dengan lebih awal.

Malah ia dapat membantu anda untuk tidur dengan lena dan mendapatkan tidur yang berkualiti. Jom kita usya aplikasi alarm untuk yang susah bangun

aplikasi alarm android terbaik

  • Alarmy (Sleep If U Can) – Alarm clock [595,676 Download]

sleep if u can alarm

Alarm ni memang gila. App ini dikatakan ‘World’s most annoying alarm clock app’ oleh Cnet, Gizmodo, Huffington. Aplikasi ini berfungsi dengan menguji anda untuk menutup alarm yang berbunyi. Alarm ini berkesan untuk yang jenis tidur mati dan jenis tutup alarm semula.

Kelebihan ini yang membuatkan ia lebih efektif berbanding alarm sistem yang biasa. Terdiri daripada 5 mode untuk menutup alarm;

  • Biasa

Seperti alarm sistem yang biasa, anda hanya perlu tekan ‘dismiss’ sahaja untuk tutup alarm tersebut.

  • Menangkap gambar

Bila alarm mula berbunyi, kamu perlu pergi ke tempat yang didaftar dan tangkap gambar tersebut.

Tamsilnya: Jika anda daftarkan singki tandas, maka untuk menutup alarm tersebut ialah mengambil semula gambar singki tersebut.

Related image

  • Shake telefon

Untuk menutup alarm yang berbunyi, anda haruslah menggoncangkan telefon anda pada nilai yang ditetapkan.

Tamsilnya: Anda menetapkan 50 kali goncang, maka anda haruslah goncang telefon anda sebanyak 50 kali untuk menutup alarm itu.

  • Masalah matematik

Anda pakar dalam matematik ? Anda lemah dalam matematik? Dengan menggunakan alarm ini, anda akan menguji otak anda setiap pagi. Ada banyak peringkat iaitu Easy,Medium, Hard & Sebagainya.

Contohnya jika anda memilih mode ini & anda memilih mode medium, anda haruslah mengira soalan yang akan diberikan seperti 47+67+89 dan berikan jawapan.

Jika salah, alarm anda terus berbunyi manakala jika betul, alarm tersebut akan berhenti dan anda kini seorang pakar matematik (keh keh keh).

  • Mengimbas Barcode & QR code

Jika anda mendaftarkan apa-apa barang yang mempunyai barcode atau QR code, anda haruslah imbas kembali code tersebut untuk menutup alarm.

Sebagai contoh, terdapat botol shampoo di dalam tandas dan semestinya ada barcode bukan? Maka, anda perlulah pergi ke tandas dan dapatkan shampoo, lalu imbas kod tersebut untuk menutup alarm dan terus mandi lah.

  • Alarm Clock Xtreme + Free Sleep Tracker and Timer [850,857 download]

Alarm ini sesuai bagi yang jenis bukan tidur mati. Hal ini kerana alarm ini dilengkapi fungsi yang membantu anda bagi mendapatkan tidur dengan yang lebih berkualiti.

Untuk bangun tidur dengan relax, anda perlu menggunakan alarm jenis ini. Hal ini kerana alarm ini menggunakan volume yang rendah dan semakin kuat. Fungsi ini tidak akan ‘mengejutkan’ badan anda dan membantu anda bangun dengan lebih ‘neutral’.

Menjejak tidur anda. Alarm ini akan membuat statistik tentang waktu tidur anda dengan menggunakan sensor telefon (apabila telefon diletakkan disebelah bantal) waktu alarm yang ditetapkan.

Jika anda menghadapi masalah tidur, anda mungkin tengah stress. Rahsia untuk tidur adalah minda yang kosong dan tenang. Bukan sahaja lagu yang menenangkan diperlukan untuk meditasi, malah ia dapat membantu anda jatuh tertidur.

Download link

Apa kata anda tentang 2 aplikasi alarm ini ? Adakah ia bagus untuk anda ataupun menenuhkan kapasiti simpanan? Berikan pendapat anda di ruang komen.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker