Apa Itu ?Trik dan Tips Telefon Pintar

Apa itu GBWhatsapp | Cara Menggunakan GBWhatsapp

Hari ini anda akan belajar cara menggunakan 2 akun whatsapp & 2 whatsapp dalam 1 android dengan menggunakan GBWhatsapp. Untuk pengetahuan anda, saya selaku penulis pun memang pakai GBWhatsapp ni kerana mempunyai banyak kelebihan.

Apakah itu GBWhatsapp

GBWhatsapp adalah satu aplikasi iaitu versi Whatsapp yang telah diubah suai oleh Omar yang merupakan warga Arab.

GBWhatsapp ini mempunyai banyak kelebihan daripada Whatsapp yang original dan ia sememangnya percuma.

Kelebihan menggunakan GBWhatsapp

  • Boleh hantar sehingga 90 gambar berbanding whatsapp 30 sahaja

Jika anda tengah bercuti dan telefon anda menjadi mangsa sebagai kamera pilihan, pastinya anda akan hantar gambar banyak sekaligus ke dalam kumpulan.

Tapi malangnya Whatsapp hanya membenarkan anda upload 30 gambar sahaja dalam satu masa. Oleh itu, anda boleh menggunakan GBWhatsapp untuk hantar gambar sehingga 90 keping dalam satu masa.

  • Hide second tick

One tick adalah simbol bahawa mesej itu masih belum terima oleh penerima manakala Second tick adalah satu simbol jika mesej itu telah sampai kepada penerima.

Dengan menggunakan GBWhatsapp, anda boleh hide second tick. Penghantar pula tidak akan tahu walaupun anda sudah baca mesej dia.

  • Hide bluetick
Baca juga :  Cara Dapatkan Semula Instagram Yang Kena Hack 2018

Bluetick… siapa suka? Boleh terputus silaturahim jika anda bluetick kenalan anda. Untuk elakkan masalah itu berlaku, anda boleh hide bluetick dengan menggunakan GBWhatsapp.

  • Hantar gambar tanpa kompress

Perasan tak setiap kali anda download gambar dari whatsapp, gambar itu sedikit pecah ataupun blur. Walaupun kamera anda cantik, jika anda hantar gambar melalui whatsapp ia tetap akan nampak kurang memuaskan.

Ada juga yang memilih telegram berbanding whatsapp untuk menghantar gambar. Hal ini kerana whatsapp akan kompress gambar anda untuk menjimatkan data dan server. Namun, adanya GBWhatsapp anda boleh hantar gambar 100% berkualiti.

  • Kekal ‘online’ selama 24 jam

Walaupun last seen tidak dapat diubah oleh GBWhatsapp, anda boleh perdaya rakan-rakan anda yang anda sentiasa ‘online’ tanpa buka whatsapp.

Di whatsapp biasa anda akan online semasa buka whatsapp, manakala di GBWhatsapp anda akan sentiasa online walaupun tengah main Facebook.

  • Theme
Baca juga :  Google Photos: FREE Tapi Sangat Hebat !

Bosan dengan design hijau putih whatsapp? Anda boleh tukar design whatsapp dengan GBWhatsapp. Jika anda tak reti nak edit warna, anda boleh download theme yang tersedia dengan percuma.

    • Freeze last Seen
    • Hide Mic./Recording
    • Hide Typing Status
    • Custom Skin For Contact/Chats/Calls
    • Personal Lock
    • Color Setting
    • Themes Supported.
    • Send Video upto 30 MB
    • Set Your Name On Header Background
    • Custom Launcher Icons
    • Custom Notification Icon
    • Custom Ticks Style Like- iOS Etc,Always Online
    • Hide Notification
    • Hide Sharing Menu
    • Clear Logs Program Set
    • Banyak Lagi

Anda perlu Enable/Disable fungsi tersebut secara manual di GB Setting

gb whatsapp

Selamat ke guna GBWhatsapp?

Penggunaan GBWhatsapp adalah selamat kerana ia hanya diubah suai tetapi masih menggunakan system Whatsapp yang official. Penggunaan GBWhatsapp juga tidak mengundang kepada pengantungan akaun whatsapp.

Namun langkah keselamatan juga perlu diambil kira. Jika anda ada maklumat sensitif, sila guna Whatsapp original. Guna atas tanggungjawab sendiri.

Baca juga :  Cara tukar Font bagi Android (Mudah & Tanpa root)

Cara download GBWhatsapp

Nak download GBWhatsapp pun perlulah dari sumber yang betul agar GBWhatsapp yang anda download bukanlah versi yang diubah suai yang ditambah beribu-ribu iklan.

Tempat yang betul nak download GBWhatsapp adalah di website official oleh Omar iaitu GBMods. Jangan download dari Play Store ataupun dari website lain kerana ia bukan versi Omar.

Namun website beliau merupakan bahasa Arab, anda hanya perlu cari perkataan “Download” sahaja ataupun tekan sini untuk download.

GBWhatsapp dalam bentuk APK

Anda mesti keliru yang GBwhatsapp ni adalah dalam bentuk APK lepas siap download. Baca selanjutnya Apa itu APK, Cara Install APK di post sebelum ini.

Dua akaun whatsapp dalam 1 telefon

Anda boleh menggunakan Whatsapp original dan GBWhatsapp dalam 1 telefon dan boleh menggunakan 2 nombor telefon yang berbeza.

Sesuai untuk para usahawan yang memetingkan privasi dan membahagikan nombor persendirian dan nombor kerja.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami