Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Main Game PSP Di Android | PPSSPP Emulator (MUDAH JE)

Umumnya anak muda terdahulu bersetuju bahawa mereka obses dengan PSP iaitu Playstation Portable. Kini mereka ini sudah besar dan pasti akan merindui PSP yang menjadi kegilaan pada era tersebut. Budak zaman sekarang ni PSP pun taktau sebab terus main PS4 je. Maka, saya akan terangkan apa itu PPSSPP dan apa kaitannya dengan PSP.

Saya dah tahu dah apa itu PPSSPP sejak sekian lama tapi tak pernah nak mencuba. Akhirnya saya terpaksa merasa juga sebab tak minat dengan game dalam play store. Dengan pengalaman menggunakan PPSSPP selama seminggu, apa salahnya nak kongsi kepada anda semua.

PPSSPP

ppsspp-goldSaya sendiri tak tahu apa makna PPSSPP (mungkin PSP kuasa dua) tetapi ia adalah satu aplikasi emulator yang boleh buka operating system yang berlainan. Contohnya ialah Bluestack adalah emulator Android untuk Windows, maka PPSSP adalah emulator PSP untuk Android.
Jika tak jelas lagi, fahamkan aje yang PPSSPP ni boleh main game PSP dengan telefon android anda.

Ada 2 version iaitu free dan Gold (berbayar). Ikut anda nak download dari mana, tapi boleh dapatkan version Gold dari sini. Dah download tapi tak reti install boleh baca post sebelum ini.

Boleh tonton video di bawah untuk contoh gameplay spiderman;

Apa yang anda perlukan?

  • Kuota yang banyak

Semasa nak download game psp, ia mungkin makan sehingga 500mb (PES), kalau game lain kebanyakkan 200mb kebawah je.

  • Space yang banyak

Kalau download file zip pun dah 200mb, extract nanti mesti 300mb.

  • Telefon yang agak laju

Saya guna telefon spec 1.5GB RAM dan 1.5GHZ CPU. Itupun tak smooth sangat. Tak lag tapi FPS tak tinggi.

Apa yang Anda Harus Tahu?

  • Game PSP ialah dalam format ISO

Contoh: Fifa Street 2.iso

  • Ilmu download dari google, extract dan cut paste.

Cara Menggunakan PPSSPP

1. Download PPSSP dari link yang saya sediakan sebelum tadi.
2. Download game file iso (saya explain kejap lagi)
3. Extract file tersebut
4. Buka PPSSPP dan cari folder dimana anda extract
5. Play… Mudah bukan?

Cara Download game file iso:

Cara setting PPSSPP untuk kurangkan Lag

Dekat google dan youtube ada banyak setting, guna yang anda rasa sesuai okay.

Demo daripada saya

Malas buat video, harap screenshot pun jadilah okay huhu.
Screenshot_2018-01-26-22-00-23

Tak lag cuma tak smooth je. Still puas hati main wooahh.

BONUS
Telefon kita takde button L1 dan R1, maka saya nak ajar sikit cara jadikan button volume anda menjadi L1 dan R1.

1.Setting>Control>Control Mapping
2. Cari ‘L’, dan tekan ‘X’ di belah kanan untuk delete key.
3. Tap dekat ruang kosong untuk letak key baru.
4. Tekan Volume Down.
5. Ulang langkah 2-4 untuk button R volume up.

Jika button volume ada di belah bawah (takkan nak tekan guna ibu jari, mesti  guna jari telunjuk), maka kena rotate telefon anda. Ada cara dia, bukan on auto-rotation huhu.

1. Setting>System>Screen Rotation
2. Landscape Reversed

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker