Lain-LainTrik dan Tips Komputer Peribadi

17 Langkah Untuk Kurangkan Lag & Lajukan Komputer/Laptop Anda [SANGAT MUDAH]

BijakTech akan menerangkan tentang cara kurangkan lag pc & cara untuk lajukan pc serta masalah yang kita selalu  hadapi, iaitu lagging. Apakah itu lag? Lag bermaksud prestasi komputer menjadi sangat lembab dan perlahan. Selalunya lag sebegini berlaku kepada komputer dan laptop namun ianya sudah pasti disebabkan beberapa faktor. Jadi berikut faktor penyebab kepada lagging.

Antara faktor komputer/laptop lag ;

  • Usia

Kebanyakkan prestasi teknologi akan menjadi perlahan apabila usianya meningkat.

  • Keadaan

Juga faktor utama, kalau komputer riba itu tidak dijaga dengan elok, tertumpah air atau tidak pernah bersihkan habuknya, pasti penyebab kepada kemunduran prestasinya.

  • Sistem

Inilah merupakan faktor utama kepada lagging. Tidak kira komputer ada lama atau baru, inilah yang akan menyebabkan prestasi komputer anda menurun.

Jadi artikel kali ini akan menerangkan bagaimana untuk kurangkan lag bagi sistem komputer.

1. Anti-Virus

Install dan pastikan anti-virus anda dalam keadaan yang terbaru. Ia amat penting kerana banyak kaedah yang baru untuk virus tembus ke pc anda, maka gunalah yang versi terbaru. Virus akan menggunakan power CPU pc anda, secara tidak langsung pc anda akan amat perlahan.

Jangan pasang lebih daripada satu anti-virus. Cukup sahaja satu. Ini kerana perisian anti-virus memakan banyak ruang dan RAM komputer anda. Sekiranya lebih daripada satu, ianya akan turut menyebabkan komputer anda lagging.

2. Konfigurasi Sistem

windows msconfig

  1. Buka Windows
  2. Search ‘msconfig’. Antara fungsinya untuk halang daripada servis yang mengarut yang memakan CPU anda, sebagai contoh servis seperti ‘Chrome Update’
  3. Klik bahagian ‘Services’
  4. Tick ‘Hide all microsoft services’ dan ‘disable all’
Baca juga :  Android vs iPhone. Mana Satu Pilihan Anda?

3. Uninstall

Buang software yang tak digunakan. Ianya bagus untuk storan hard disk dan menjimatkan penggunaan CPU dan RAM anda. Performance PC anda juga akan meningkat kerana tak perlu nak load benda yang tak guna. Gunakan ‘Iobit Uninstaller, memang terbaik kerana siap delete file yang tertinggal dan registry.

4. Disk Cleanup

disk cleanup
Buka start dan search ‘Disk Cleanup’. DC ini memang dari Microsoft sendiri. Ia bertujuan untuk delete file-file yang tak penting. Sila tick yang perlu didelete dan tekan ‘OK’.

5. Disk Defragmenter

Juga software yang dari Microsoft, hanya buka start dan search ‘disk defragmenter’. Pilih hard disk anda dan ‘analyze’, seterusnya ‘optimize’. Ia berfungsi untuk mempercepatkan masa renspon hard disk dan bantu PC berjalan dengan efisien.

6. Tambah RAM & Upgrade CPU

Untuk yang ada bajet, boleh tambah RAM dan upgrade CPU. Maka, performance PC anda akan lebih lancar walaupun buka banyak software dalam satu masa, mahupun gaming.

7. Game Booster

Wise Game Booster
Yang nak main game perlu install software ‘Wise Game Booster’. Software ini boleh pause proses dan servis yang tengah run on background, maka dapat guna CPU dan RAM tersebut untuk gaming.
Cara nak guna benda ni mudah je, ‘Optimize All’ sahaja. Download di sini.

8. Task Manager

task manager
Nak buka task manager ni boleh je search ataupun tekan Ctrl+Shift+Esc. Anda boleh guna benda ini untuk pantau proses yang menggunakan CPU, RAM dan sebagainya. Fungsi benda ni anda boleh tutup proses untuk sediakan RAM yang lebih banyak. Anda perlu pilih software yang makan RAM (kalau kat gambar tu ialah Google Chrome), dan ‘End task’. Jika ada software yang ‘tengah gila’ atau ‘unresponding’ , anda boleh tutup guna kaedah ini juga.

Baca juga :  Indonesia Menyekat Facebook, Instagram dan Whatsapp Setelah Rusuhan Maut Berlaku

Anda juga boleh guna Task Manager untuk disable software yang automatik terbuka apabila PC anda hidup.

9. Kurangkan browser plugin

Browser plugin seperti Adblock untuk Chrome, ia juga akan menggunakan RAM. Maka uninstall plugin yang tak pakai.

10. Jangan cucuk USB

Jangan cucuk USB dekat PC anda terlalu banyak. Hal ini kerana USB tersebut akan tarik kuasa, maka performance PC anda juga akan mungkin lebih perlahan.

11. Perfomance mode

 

task manager startup

power option
Buka start dan search ‘power options’. Jika anda nak PC anda lebih laju, maka pilih ‘High performance mode’ kerana ia akan guna kuasa yang lebih banyak.

12. Driver

Bukan sahaja software je yang perlu latest, driver juga kena latest. Driver ini seperti graphic card, audio card, wifi card ha begitulah. Software untuk driver ni kena latest sebab nak fix bug atau sebagainya. Anda boleh gunakan ‘Iobit Driver Booster’ untuk update iye. Tapi guna version PRO lah kalau nak update semua (biaselah benda percuma kan), beli atau crack, pilihan di tangan anda. DOwnload di sini.

Kalau nak update graphic card nVidia anda kena guna software mereka sendiri. Boleh download ‘Geforce experience’ melalui website mereka.

13. Airflow & Cooling system

Komputer lebih bagus untuk gaming kerana airflow dan cooling sistem dia cun. Disebabkan oleh casing komputer yang lebih luas dan kipas yang lebih besar  berbanding laptop, performance komputer lebih padu sebab CPU, graphic card dia sejuk.

Baca juga :  Cara Membersihkan Sampah (Junk File) Di Komputer/Laptop Anda

Kalau laptop, anda kena beli usb fan yang dekat bawah laptop itu. LAgi satu beli usb fan untuk sejukkan graphic card sebab ia yang paling panas.

Sila servis PC anda seperti buang habuk yang menyekat pergerakan udara.

14. Visual or performance

performance option
Anda nak design lawa atau performance? Pilihan lagi sekali di tangan anda. Buka start dan search ‘adjust the appearance and performance’. Kalau dalam game pun kena setting bagi ‘Low quality’, baru CPU anda boleh tampung.

15. SSD Startup Drive

Yang ada bajet boleh tukar hard disk kepada SSD. Teknologi baru sentiasa terbaik. SSD ni lebih laju dari segi writing/reading speed. Maka nak transfer file pun lebih cepat.

16. Overclock

Overclock ini ubah suai speed CPU anda. Contoh speed CPU anda ialah 1.7GHZ mungkin boleh dinaikkan ke 2.0GHZ. Tapi bila ubah suai ni, CPU akan bekerja lebih keras berbanding kemampuan asalnya. CPU juga akan bertambah panas.

17. Clean Junk Files

Bila storan penuh atau banyak, sistem akan ambil masa untuk load semua. Jika penuh dengan junk file, rugi masa anda kerana perlu load benda tak pakai. Maka, nak delete junk file ni seperti cache atau temporary file atau apa-apa, boleh guna ‘CCleaner’.

Tamat. Jika ada pertanyaan, boleh terus komen ataupun hubungi saya di page Contact. Jika suka artikel ini, sila share kepada kawan-kawan semua ye.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami