Trik dan Tips Telefon Pintar

10 Langkah Untuk Menjaga Privasi | Cara Menjaga Privasi di Android

images

Mungkin ada yang daripada kamu tak kesah pasal privasi, tapi tindakan tersebut akan membawa padah jika masih berada di dalam tempurung. Pada abad yang serba moden ini, banyak teknologi yang telah salah digunakan oleh pihak tertentu. Jika kamu seorang yang dikira ‘penting’, pasti tidak ingin privasi anda diganggu, apatah lagi jika keselamatan anda juga dalam bahaya. Mungkin kita tak sedar semasa melayari internet, kita juga akan ‘dipantau’.

VPN

VPN adalah untuk Virtual-Private-Network. Mungkin dalam bahasa Melayu ialah Rangkaian Maya Persendirian. Tapi yang anda perlu tahu ialah apakah VPN ini. VPN ialah satu sistem yang akan encrypt data dan buat sesi melayari internet anda lebih selamat. Boleh tengok gambar dibawah.
how a vpn can protect your data
Saya sendiri juga akan pakai VPN. Para hacker juga akan pakai VPN. Kita semua juga perlu pakai VPN supaya privasi kita tidak terganggu. Pemilihan VPN juga memainkan peranan dalam pencarian privasi yang terbaik. Jangan suka hati pakai VPN biasa, mungkin data anda pula dijual. Maka, guna VPN yang ‘No logs’ bermakna, ia takkan simpan data anda semasa menggunakan VPN. Anda boleh buka website di sini untuk pilih VPN percuma yang mantap.

Baca juga :  Mana Lagi Bagus? Earphone atau Headphone?

Saya sarankan anda pakai VPN semasa membuat transaksi pembayaran secara atas talian. Serta, pakailah VPN semasa menggunakan Open WIFI, kerana data anda juga boleh dikumpul oleh para hacker.

Incognito Mode

Saya pasti 100% lelaki sudah tahu apa itu incognito mode. Kalau nak penjelasan penuh boleh tanya kaum Adam. Incognito mode ini ada pada setiap browser untuk menjaga privasi anda. Mode ini berfungsi dengan tidak merekod history anda di mana jua. Sama ada search di google atau buka website yang pelik-pelik, anda tidak perlu clear history sebab mode tersebut tidak merekod sesi anda. 5 Sebab Mengapa Perlu Guna Incognito Mode

Temporary Email

Dalam bahasa Melayu ialah e-mel pakai buang. Hal ini bermaksud anda boleh guna emel dan buang begitu sahaja. Servis ini membantu seseorang yang serabut dengan e-mel yang penuh dalam akaun mereka dan mampu halang spam. Ia juga berguna jika anda nak register akaun facebook tapi taknak guna e-mel sendiri.

Antara penyedia e-mel pakai buang;

SMS Receiver

Seperti namanya, ia bertujuan untuk terima sms. Berguna untuk pengaktifan sesuatu yang melibatkan nombor telefon. Misalnya nak register whatsapp tapi takde sim, boleh guna servis ini.

Baca juga :  Terlupa Pattern Lock Android? Berikut Cara Mudah Nak Atasinya!

Antara penyedia penerima SMS;

HTTPS

Untuk website biasa seperti hampa, hanya guna HTTP sahaja, sebab ia melibatkan kos jika nak tukar kepada HTTPS. Kenapa pemilik website berbuat demikian? Mereka ingin menyediakan website yang selamat untuk pelawat mereka.
 why https is important
Oleh itu, pengguna haruslah bijak ketika melayari website. Banyak website fake seperti http://adidas.xyz yang bagi kasut percuma. Pertama sekali website dia tak pakai https, kedua dia punya ending ialah ‘.xyz’ manakala website official ‘.com’.

Adblocker & Popupblocker

Ada iklan yang baik, ada juga yang jahat. Yang jahat ni memang bahaya terhadap kita. Yang jahat ni juga berisiko dapat tarik data kita. Hal ini kerana pemilik website membenarkan pengiklan siar iklan yang mempunyai Javascript yang membolehkan mereka boleh buat apa-apa. Boleh download secara percuma melalui store browser masing-masing.

Leak Test

Jika anda guna VPN, pastikan data anda tidak bocor. Ia mungkin disebabkan oleh masalah VPN yang anda gunakan. Nak lagi faham, biar abang terangkan. VPN berfungsi untuk rahsiakan identiti kita, jika vpn anda bocor identiti anda bukan lagi dirahsiakan. Oleh itu kita perlu buat sedikit ujian untuk pastikan VPN berjalan dengan sempurna.

Baca juga :  Nak Sihat? Muat Turun Aplikasi Ini!

Antara penyedia bagi ujian kebocoran DNS;

Block Permission

Seperti ketika buka app yang baru install dari play store, ia akan minta kebenaran untuk akses kamera atau lokasi dan sebagainya. Jika buka browser pun kena bijak nak bagi kebenaran. Jika anda ragu-ragu, jangan bagi… terus block aje.

Password bagi padu

Password terbodoh bagi tahun 2017 ialah 123456. Password juga merupakan kunci privasi anda, jika dapat emel anda, mereka akan hentam sahaja password. Mereka juga akan guna teknik brute-force untuk pecah password anda. Maka anda perlu guna password yang pelik lagi pening. Boleh buka website ini. Dan juga boleh guna ‘Password Manager’ dan boleh download dari play store.

Fake itu selamat

Kalau dalam online ni tak perlulah nak 100% guna detail yang betul. Lebih selamat jika tak guna maklumat yang sensitif. Anda boleh guna servis yang diberikan website berikut;

pentingnya privasi,pentingnya privasi dalam sosial media,privasi itu penting,privasi penting,mengapa privasi itu penting

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami