Lain-Lain

Android vs iPhone. Mana Satu Pilihan Anda?

Soalan yang sering ditujukan semasa nak beli telefon ialah; Android atau iPhone ? Maka, artikel ini mungkin dapat membantu anda untuk pilih telefon yang tepat ikut cita rasa anda. Seperti yang sedia maklum, Apple dan Samsung merupakan syarikat terbesar di dunia yang mewakili iPhone dan Android. Syarikat tersebut juga mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu iPhone X dan Galaxy S8. Tapi, kita bandingkan iPhone dengan Android terlebih dahulu.

Hardware

Hanya syarikat Apple yang menghasilkan iPhone manakala telefon Android dihasilkan daripada pelbagai syarikat. Justeru, Apple amat menitikberatkan bagaimana IOS berfungsi dari A hingga Z iaitu sistem, software dan stability. Apple juga dikenali sebagai ‘Premium Smartphone’ kerana quality yang mereka jaga. Dari versi iphone yang pertama hingga iPhone X quality amat tip top kerana ia merupakan premium device.

Manakala pengeluar Android menghasilkan telefon yang pelbagai jenis sama ada Premium, sederhana dan rendah. Maka, syarikat tersebut sukar menjaga quality setiap telefon yang dibuat kerana mereka hasilkan model yang berbeza dan stability juga tidak dapat dijaga.

Pemenang: iPhone (Best Quality)

Operating System

Design produk Apple memang cantik; Reka bentuk Macbook, iphone, ipod dan apple watch memang bersih dan elegan. Manakala, operating system seperti IOS pun bersih dan elegan. Dari segi icon, status bar dan theme amat lawa.

Manakala Android, operating system memang Android tetapi design lain-lain berdasarkan pengeluar. KIta tengok contoh dibawah antara Samsung dan Oppo.
samsung note 3
oppo lollipop
Lain pengeluar maka lain design.

Pemenang: iPhone (Nice design)

Pilihan App

Google Play Store mempunyai lebih banyak app berbanding Apple App Store, tetapi app yang terbaru akan selalunya tiba di App store dahulu. Kebanyakan developer akan hasilkan aplikasi untuk App store, jika dapat sambutan maka akan release untuk Android. Hal ini kerana kos untuk development App store lebih rendah berbanding Android kerana Android mempunyai beribu-ribu model yang berbeza.

Baca juga :  10 Aplikasi Yang Berguna Untuk Kehidupan Seharian

Pemenang: iPhone (App yang terbaru)

Gaming

FPS iaitu frame per second  yang menentukan lag atau tidak. Semakin tinggi FPS, semakin smooth. Contohnya iPhone SE & 6S boleh cecah 60 FPS manakala Galaxy S7 hanya cecah 44 FPS dekat game Lara Croft Go.

Pemenang: Iphone (Smooth)

Pembantu: Siri vs Google Assistant

Google Assistant memang power habis teruk. Ia menggunakan segala yang Google tahu tentang kamu dan dapat memudahkan diri anda dengan kerja. Google Assistant sering dikemas-kini manakala Siri hanya update semasa anda install IOS yang baru.

Pemenang: Android (Lagi cerdik)

Bateri

>>18 tips untuk bateri telefon tahan lebih lama<<
iPhone terdahulu kena selalu charge manakala yang terbaru tak perlu charge kerana CPU yang digunakan cekap penggunaan tenaga. Tetapi tidak dapat lawan dengan Android yang menyediakan kapasiti battery yang amat tinggi. Selain itu, kos penukaran bateri iPhone juga tinggi kerana ia non-remove-able batteri, maka anda perlu bayar servis untuk ganti bateri anda. manakala Android menggunakan removeable-bateri yang anda boleh beli dekat kedai biasa dan pasang sendiri.

Pemenang: Android (Bateri yang padu dan jimat kos)

Ubah Suai telefon

Kepada sesiapa yang ingin modify telefon, akan pilih Android kerana sifat android yang terbuka. Manakala iPhone memang tak boleh modify langsung kerana menjaga security pengguna.

Jika IOS anda versi lama dan tak boleh update dan ada banyak bug, ia masalah besar bagi anda. tetapi bukan masalah bagi pengguna Android.

Baca juga :  20 Root Apps Terbaik 2018 (Terbaru)

Pemenang: Android

Aplikasi sampah

App yang tersedia didalam telefon Android amat ponge (menyampah) kerana membazir ruang. Contohnya telefon Samsung siap ada semua app Google, Microsoft dan sebagainya. Mungkin berguna kepada pekerja dalam pejabat tetapi tidak bagi anak muda. Manakala iPhone hanya ada produk Apple sahaja.

Ruang storan

iPhone hanya ada internal-storage seperti 16gb atau 32gb dan tak boleh masuk external storage seperti sdcard ataupun hard disk (OTG).

Pengguna Android mempunyai kebebasan dalam pemilihan ruang storage ikut kemahuan anda.

Pemenang: Android

Security

Jika anda pentingkan keselamatan telefon anda, maka iPhone merupakan pilihan terbaik. Dalam satu kajian, hanya iPhone sahaja 0% yang diserang. iPhone dibina untuk security manakala Android tidak.

Pemenang: iPhone

Saiz paparan

Jika kamu mencari screen yang terbesar untuk telefon pilihan anda, maka Android yang perlu anda pilih. Yang kaki movie, drama ataupun youtube boleh pilih Android kerana screen iPhone amat kecil (jika dibandingkan).

Samsung Galaxy Note 8 menawarkan 8-inch manakalah iPhone X hanya 5.8 inch. Kedua-duanya mempunyai screen yang super duper. Tetapi Note 8 lebih berbaloi bagi penggemar video.

Pemenang: Android

Nilai jual semula

Bila kita nak upgrade telefon, mesti nak beli yang lain dan jual yang sedia ada. Jika produk antik yang lusuh dapat nilai yang tinggi manakala produk antik yang lusuh tetapi dicat semula mempunyai nilai yang lebih rendah. ia disebabkan resale value.

Contoh harga Iphone adalah RM1000 dan sama juga Android RM1000; kalau kita nak jual balik, harga iphone lebih tinggi berbanding Android iaitu RM700 manakala Android mungkin RM500.

Baca juga :  Jom Sertai Kejohanan e-Sport Kampus Terbesar di Malaysia !

Pemenang: iPhone

Taraf sosial pemilik

Sememangnya pemilik iPhone memang gempak. Semua orang akan berasa jeles dengan owner telefon. Pemilik iPhone memiliki taraf sosial yang lebih tinggi. Kebanyakkan artis di Malaysia pakai iPhone dan promote IGSHOP iPhone, belum pernah lagi nampak promote IGSHOP Android.

Pemenang: iPhone

Telefon Android vs iPhone

Itu Android vs iPhone yang ada bajet. Ada duit, memang akan dapat iPhone yang boleh kalahkan semua Android. Bagaimana pula kalau takde bajet?

Saya nak buat perbandingan antara harga iPhone 4S – 5S yang baru, tetapi tak jumpa.. yang ada harga 2nd dengan refurbished maka nak buat perbandingan pun payah.

Maka saya Google telefon terbaik yang berharga $300-$350 (Harga di pasaran US) dan saya dapati adalah iPhone SE, Motorola Moto X4 dan Sony Xperia XA1.

x4 vs se vs xa1
Dari spesifikasi menurut GMSARENA, saya anggap Android menang besar dalam pertarungan dengan iPhone. Yang paling ketara ialah kelajuan CPU dan bilangan core cpu.

CPU ini berfungsi sebagai otak, semakin tinggi cpu semakin cepat pemprosesan data; bahasa kasar ialah telefon lebih laju. Core pula banyak mana CPU boleh handle, jika core yang pertama penuh maka core kedua pula akan digunakan, jika penuh juga core seterusnya akan digunakan pula; semakin banyak core, semakin banyak app yang boleh handle dalam satu masa; maka gaming juga akan lancar.

Dengan Android yang menawarkan RAM, CPU, Core dan Batteri yang lebih besar daripada iPhone, maka ia merupakan pilihan bagi para gamer. Ramai pemilik iPhone 5 dan 5S yang ingin swap dengan Android untuk layan ML. Goodluck semua ye.

Jom tengok video oleh Bijak Android

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker