Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Buka Deep Web & Dark Web (Mudah & Selamat)

ezgif-4-d6820794be

Selamat petang, hari ini penulis akan menerangkan tentang; Apakah itu deep web, Apakah itu Dark Web, cara akses deep web, cara akses dark web dengan hanya di hujung jari anda, iaitu telefon pintar Android.

Sebelum itu, anda semua mestilah tahu tentang risiko membuka laman gelap kerana mungkin data peribadi anda juga boleh dicuri semasa anda layari laman tersebut. Jika anda juga terpilih sebagai mangsa mereka mungkin disebabkan anda buat perkara yang mereka tidak suka. Maka, semasa layari laman deep web itu, hanya tengok-tengok sahaja dan jangan buat transaksi nak beli itu ini. Kalau nak QuPuteh dekat kedai jamu je ada dekat deep web tak ada.

Langkah keselamatan:

*Tutup dan tampal semua webcam & mic

*Simpan maklumat sensitif di tempat yg selamat

*Jangan beli apa-apa

*Pastikan Anti-Virus hidup

*Guna default setting semasa guna aplikasi

Tapi janganlah takut kalau nak buka, sebab kita akan guna aplikasi yang dapat jaga keselamatan kita semasa melayari deep web. Cuma tangan hampa jangan gatai-gatai nak sana sini la semasa layari tu. Mudah je. Website dorang akan buruk sedikit kerana Javascript dan apa benda skrip sudah disekat oleh aplikasi tersebut, maka keselamatan anda juga terjamin.

Apa perbezaan deep web dan dark web


Jika kita tengok gambar di atas, kita boleh faham beza antara mereka berdua. Deepweb hanya mengandungi perkara yang tidak ada unsur mengancam diri sendiri ataupun negara sedangkan darkweb mengandungi unsur yang mampu mengancam negara. Tapi cara untuk akses kedua-dua web ini adalah sama sahaja. Definisi deep web dan dark web mengikut Oxford Dictionaries;

Baca juga :  Cara Bangun Awal Pagi Dengan Android (Tidur mati? Confirm Bangun Punya !)

“The part of the World Wide Web that is not discoverable by means of standard search engines, including password-protected or dynamic pages and encrypted networks & that is only accessible by means of special software, allowing users and website operators to remain anonymous or untraceable.”

Apa yang ada dalam web tersebut

  • Servis macam lesen terbang, passport palsu, bunuh orang & hacking
  • Barang curi dan harga rendah
  • Barang terlarang
  • dan banyak lagi…

cara akses deep web & Dark web


Ya betul, hanya pakai 2 aplikasi itu sahaja;

  • Orbot (sebagai TOR VPN)
  • Orfox (sebagai browser yang selamat)

*Boleh didapati di play store

Langkah penggunaan;
1. Buka orbot dan tekan start. Tunggu satu popup muncul yang kata “Dah boleh guna” tapi dalam bahasa inggeris.
2. Buka orfox dan buka website “Check TOR” (ada dekat homepage)
3. Jika step 2 ada keputusan “Secured”, maka anda boleh buka web tersebut.
4. Layari website menggunakan link “.onion” dan Tadaaa….

Baca juga :  Jom Kenakan Member ! 10 Aplikasi Prank Terbaik !!

Oh kejap… Apa itu Onion ?

Bukan bawang kat dapur tu, tapi ia adalah satu domain bagi deepweb dan bukannya “.com”. Contoh;

  • Biasa: facebook.com
  • Deep web: jodsihfsaoppsdi.onion

(link dia orang Rusia je boleh baca sebab lidah kita lain huhu)

Mana nak dapat link Onion

Admin dah upload dekat online, klik sini

Tamat. Jika ada pertanyaan, boleh terus komen ataupun hubungi saya di page Contact. Jika suka artikel ini, sila share kepada kawan-kawan semua ye.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami