Lain-Lain

20 Root Apps Terbaik 2018 (Terbaru)

Bila android dah rooted ni menjadi lebih berguna dan boleh buat macam-macam kerja. Rooting ni penting kadang-kadang, kerana ada apps yang kita nak guna perlu rooted dahulu. Kerja yang memerlukan kebenaran root dekat non-rooted android amat mustahil untuk berjaya. So untuk post kali ini, kita akan menerokai apps yang terbaik untuk rooted android. Apa yang menariknya, ada juga root app download percuma je, ada juga tidak kerana ada unsur Premium. Marilah kita abaikan ia dan ikut tajuk kita kali ni huhu.

Sebelum itu, yang masih belum tahu  Cara root android, fungsi root hp.. Sila tekan SINI untuk belajar okay anak-anak.
Sebelum itu juga, marilah kita kenal Apakah itu apk, Cara install apk.. Sila tekan SINI untuk belajar okay awak semua.

Aplikasi Root terbaik

Best-Apps-For-Rooted-Android-Smartphone

(Sumber: https://bestrootapp.com/, Gambar & Senarai)

1. Greenify


Bila tengah cakap pasal rooted app untuk android, kita akan cakap pasal Greenify. Mengapakah? Kerana ia boleh kekalkan kesihatan bateri, jimatkan bateri, dan melajukan sistem. Mengapakah ia boleh sebegitu? Hal ini kerana ia dapat hibernate, iaitu dalam istilah rojak melayu ialah menidurkan app tersebut. Hal ini dimaksudkan dengan kita boleh hibernate app yang perlu ditutup tapi tak boleh tutup dan app yang memakan bateri dengan banyak. Maka app ni tutup background process iaitu app yang masih hidup walaupun kita sudah tutup. Justeru dapat menjimatkan bateri serta melajukan performance  telefon anda.

2. Adblock Plus


App ni mest ada dekat telefon masing-masing. Tapi wajib untuk rooted android. Ni antara app yang terbaik untuk sekat iklan yang amat menyakitkan mata. App ni dapat tutup iklan tersebut dengan pantas, justeru dapat menjaga telefon anda daripada perkara-perkara aneh. Tapi bila orang tanya “Non-rooted user pun boleh kan?”, boleh memang boleh tapi ia memakan bateri kerana menggunakan VPN. Manakala rooted user ada kaedah yang tersendiri.

Baca juga :  Tiga Phone Gaming dengan Prestasi yang Mengagumkan dan Pasti Menyelamatkan Poket Anda!

3. Dumpster


App ni seperti recycle bin dekat windows, tapi ni untuk Android. Apa-apa fail yang terpadam tu boleh restore balik guna app ni. Ia tiada had dan boleh restore games, apps atau lagu. Ada app sebegini memang diperlukan kalau hadapi sesuatu perkara tidak diingini. Namun, install app ni dulu baru boleh restore apa yang sudah padam (selepas install). Walaupun app ni tak perlu root, namun dengan kebenaran root, dapat meningkatkan kehebatannya dalam kelajuan dan restoring.

4. Link2SD

Kalau internal storage yang untuk apps sudah penuh, kita masih boleh install  apps dekat sdcard, iaitu dengan guna app ini. Nak bagitahu sikit, Link2SD lebih baik daripada App2sd. Nasihat saya kalau nak pindahkan ke sdcard tu, app tu akan ada sedikit bug. Maka pindahkan app yang ringan-ringan sahaja.

5. Tasker

App ini amat hebat dan populer. Hal ini kerana app ni boleh aturkan apa yang kita nak untuk android kita, dari android hingga widget. Kita boleh buat perkara yang kita tak boleh bayangkan dan boleh kawal apa-apa. Nak belajar cara guna boleh ke youtube. App ini tak perlu root pun, tapi kalau rooted kita boleh buat apa-apa dengan Tasker tanpa dihalang.

6. Titanium Backup

Seperti namanya, ia mampu backup apa-apa contohnya fail dan data. App ni dikatakan No.1 Backup app terbaik kerana ia amat hebat seperti titanium.

7. Dolby Digital

Ini adalah satu app yang amat unik. Hal ini kerana apa yang ia buat dapat meningkatkan kualiti audio android anda. Tak kesahlah game ke video ke lagu, ia masih dapat tingkatkan kualiti audio tak kesah apa jua. Pengguna rooted-android amat bertuah jika guna app ini.

Baca juga :  Bosan Guna Grab? Ini Senarai 3 e-hailling Ganti yang Sesuai!

8. Xposed Framework

App ni amat penting kerana ia bapak segala bapak root apps. Maksudnya disini kalau ada app tu nak buat something mesti kene ada kebenaran root,  manakala ada sesetengah memerlukan kebenaran Xposed. Selain itu, app ni ada banyak skrip untuk digunakan bagi mengubah gaya android anda seperti visual, ikon notification, performance tweaks atau sebagainya. Nak install app ni ada banyak version, pastikan version tersebut boleh digunakan untuk jenis android korang.

9. Lucky Patcher

App ni amat mudah dikendalikan dan wajib ada dekat telefon masing-masing. Hal ini kerana ia boleh buat macam-macam. Sebagai contoh ia boleh patch sesuatu app jadi full version dan boleh hack duit serta sekat iklan dan macam-macam lagi.

10. Trickster Mod

App ini mengandungi pelbagai fungsi yang bagus dan gempak. Awak boleh buat kerja yang sama pada masa yang berbeza dan boleh buat android awak lebih bergaya.

11. Wifikill Pro

Yeah, dengar nama pun menyeramkan. Kenapa? Hal ini kerana kita boleh guna app ni untuk sekat internet kepada siapa yang guna wifi tersebut. Ha baca tiga kali baru faham. Justeru kita boleh guna internet tersebut sorang-sorang dengan speed yang laju sedangkan yang lain hanya connect sahaja tetapi tiada internet.

12. Android ID Changer

Dengar nama pun boleh tukar Android ID. Ini bermaksud android kita boleh tukar-tukar nombor ic dia sendiri. Perlu ke install? Perlu kalau nak guna banyak account untuk satu telefon jika app tersebut hanya bagi satu account untuk satu telefon sahaja.

13. XmodGames

Untuk gamer mesti pernah dengar kan? Yeah kita boleh modify game tersebut dan buat macam-macam. Ini dapat membantu anda untuk lebih hebat dalam dunia game.

14. Disk Digger

Namanya bermaksud pengorek storage. Hal ini kita boleh recover gambar yang terpadam ala-ala forensik la. Bukan itu sahaja, malah video, fail dan lagu juga boleh. Kalau kita terpadam mesti rambut boleh gugur sampai botak, justeru app ni dapat selamatkan rambut kita itu.

Baca juga :  Dapatkan 'The Sims 4' Secara Percuma Sehingga 28 May ini.

15. HiFont

Bentuk tulisan android biasa memang hodoh. Nak tukar pun tak boleh. Justeru, gunalah app ini untuk menukar font anda.

16. Emoji Switcher

Bosan dengan emoji android yang pelik-pelik dan hodoh? Nak emoji macam ios? Gunalah app ini untuk menukar emoji sistem android anda. Ada emoji ios, samsung & HTC. Kalau pengguna Go Keyboard, pastikan tukar setting emoji keyboard kepada emoji sistem.

17. SDMaid

Ha bibik sudah mai. Mari saya jelaskan tentang app ini. Selepas kita uninstall apps, maka ada fail yang masih tertinggal. Maka gunalah app ini untuk padamkan fail yang tiada kena mengena dengan app yang masih ada.

18. GLTools

Hampa semua boleh baca dekat post sebelum ini ha tekan SINI. App ni berfungsi untuk mengurangkan lag semasa bermain game.

19. Clean Master

Jika dengan kebenaran root, app ni lebih berkuasa. Hal ini kerana dapat padam lebih banyak fail dan boleh tutup app yang auto-start, justeru dapat meningkatkan kelajuan telefon dan kurangkan penggunaan RAM.

20. Root Uninstaller

App ni juga hebat dan wajib ada. Hal ini kerana app ni boleh uninstall app yang sedia ada dalam telefon yang kita taknak. Contohnya seperti Samsung Market Store, kita boleh buang ia jauh-jauh dan meningkatkan kapasiti storage.


Tamatlah kisahnya.

Sila tekan share button okay Smile Jangan Lupa subscribe Smile
Join kami di telegram
Terima kasih kerana membaca di sini 🙂 Jangan lupa untuk share post ini menggunakan button di bawah post ni okay 🙂

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami