Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Root Telefon Android 2019 [Kaedah Mudah Faham!]

Apa itu Root dan Kenapa Perlu Root ?

Mungkin ada yang pernah dengar, atau masih belum kenal apa itu root. Rooting adalah proses yang mengubah sistem kernel Android dalaman yang berguna untuk mengawal sepenuhnya telefon pintar tanpa sebarang sekatan dikenakan oleh sistem.

Pada ketika dahulu di mana spesifikasi telefon pintar adalah rendah, dengan menggunakan aplikasi root ia boleh mengoptimasikan pretasi sesebuah telefon pintar.

Hal ini kerana setiap peranti Android pastinya hadir dengan kernel Linux, di mana proses rooting ini membolehkan mana-mana aplikasi menjalankan kod-kod khas seperti sebuah komputer Linux dan tidak terhad.

Antara Kelebihan Rooting Telefon Pintar:

  • Mendapatkan akses penuh terhadap peranti sendiri
  • Membolehkan kita mencuba aplikasi yang lebih ‘advanced’
  • Meningkatkan pretasi telefon
  • Menjimatkan penggunaan bateri
  • Boleh menyekat iklan-iklan
  • Membolehkan kita membuang kesemua aplikasi yang kita tidak suka
  • Mencuba Android versi pembangun pihak ketiga

Persediaan Sebelum Rooting Telefon

  • Pastikan telefon pintar anda mempunyai bateri yang penuh (>80%)

Proses rooting biasanya memakan hanya beberapa minit, namun bagi sesetengah kes – ia boleh memakan sehingga satu malam.

  • Pastikan anda mempunyai sambungan internet

Rooting bermakna mengubah sistem kernel Android – ini memerlukan skrip dan kod dari atas talian yang diperlukan oleh sebarang software rooting.

  • Paling penting, anda bersedia dengan risiko rooting seperti berikut:

Akibat Rooting Peranti Android

  • Warranty telefon pintar akan lesap

Apabila anda root telefon Android, ia akan mengubah sistem kernel dalaman. Hal ini melanggar terma dan syarat dalam sesuatu perjanjian warranty. Sewaktu rooting juga, mana-mana software akan mengingatkan anda tentang perkara ini.

  • Risiko telefon pintar anda “brick”

Brick adalah sesuatu kondisi sistem operasi telefon pintar dalam keadaan yang rosak. Mungkin juga dikenali sebagai problem software Android jika anda bertanya kepada pusat membaiki telefon. Punca Brick ? Proses rooting yang terganggu akan menyebabkan brick – telefon mati semasa rooting atau anda memutuskan sambungan kabel USB dari telefon ke PC.

Pihak Bijak Tech tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang anda buat. Kesabaran itu penting kerana proses rooting boleh memakan masa sehingga berjam-jam. Tapi jangan takut, sebab ramai sudah berjaya. Yang gagal itu hanyalah salah kaedah atau tidak sabar langsung !

Cara/Kaedah Root Telefon Pintar Android

Berikut adalah tips dan petua untuk meningkatkan kadar kejayaan proses rooting sesebuah telefon pintar:

  • Jika lain jenama, lain model, maka kaedah root adalah juga berlainan
  • Guna rooting software PC adalah terbaik berbanding guna aplikasi rooting Android
  • Gunakan aplikasi rooting yang menyokong model telefon anda

1. Backup Kemua Data dan Fail Penting

Proses backup adalah juga penting. Tidak diperlukan untuk proses rooting pun, cuma ia merupakan langkah berjaga-jaga jika telefon anda ‘brick’. Tetapi jika hati anda keras sepeti Roy, anda boleh jangkau langkah ini. Tetapi jika anda ingin sediakan payung sebelum hujan, anda boleh lihat kaedah backup menggunakan Android Backup & Restore.

2. Cari Kaedah Rooting Yang Sesuai Dengan Model Telefon

Seperti yang sudah dibilang pada awal-awalnya, rooting sesebuah model telefon bergantung kepada jenama dan sistem operasi yang digunakan. Sebagai contoh, model telefon yang ingin root adalahΒ Moto G5 Plus di bawah jenama Motorola. Oleh yang demikian, kita perlu rujuk kepada Encik Google atau Encik YouTube dan tanya kepada beliau dengan soalan berikut:

Formula: Jenama + Model + How to Root

Contoh: Motorola Moto G5 Plus How to Root

Kita perlu mencari artikel kaedah rooting menggunakan bahasa Inggeris kerana ia mempunyai jumlah keputusan yang banyak untuk dipaparkan pada muka carian Google atau YouTube. Berikut adalah contoh video proses rooting untuk jenama yang terkenal di Malaysia:


3. Selepas Siap Proses Root, Apa Nak Buat ?

Selepas proses rooting siap, kita perlu lihat adakah benar atau tidak proses rooting itu berjaya. Mudah sahaja, iaitu anda boleh menggunakan aplikasi Root Checker.

Apabila kita membuka aplikasi yang memerlukan akses root seperti Root Checker, akan ada suatu ‘popup’ yang meminta kebenaran anda iaitu “Grant” atau “Deny” – pilih Grant untuk membenarkan ia.

Jika sudah siap dan anda berjaya root telefon Android anda, maka tahniah ! Jika anda gagal root walaupun sudah ikut kesemua langkah dari tutorial, anda perlu unroot telefon terlebih dahulu untuk membuang kesemua skrip root yang terpasang pada sistem anda.

4. Sila Baca Ini !

Selepas anda rooting, akan ada sebuah aplikasi yang dipasang pada peranti anda – iaitu Aplikasi Yang Mengawal Aplikasi Root. Antara aplikasi ini yang terkenal adalah SuperSu dan Kingroot.

Jika anda menggunakan SuperSu, maka kekalkan ia. Jika anda menggunakan Kingroot atau lain, anda perlulah bertukar kepada SuperSu kerana ia lebih stabil dan efisien. Tak susah, ia sangat Mudah. Sila lihat video berikut:

Baiklah itu sahaja, selepas anda berjaya root peranti Android – maka anda perlu lihat 20 Aplikasi Root Terbaik.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker