Youtube merupakan satu laman web untuk menyebarkan video di serata dunia. Malah ada yang menggunakan Youtube sebagai sumber pendapatan. Mari kita teruskan trik youtube yang kita perlu tahu.
1. Link ke mana-mana bahagian dalam satu video
Kebiasaanya, jika buka mana-mana link Youtube video, maka kita akan tonton dari mula. Jika kita nak hantar link kepada rakan-rakan dan ingin menandakan waktu permulaan, anda hanya perlu ubah url sedikit sahaja.
Untuk cara manual, kita akan tambah &t=YminXXs ke hujung link video. Dimana Y ialah nilai minit dan XX ialah nilai saat. Contoh jika ada bahagian yang lawak pada minit ke-1 dan saat ke-30. Kita akan gunakan t=1m30s;
Link asal: youtube.com/watch?v=7RWI3-8N_-Y
Link trik: youtube.com/watch?v=7RWI3-8N_-Y&t=1m30s
Jika anda tak reti guna cara ini, anda boleh jalankan video dan pause pada titik permulaan yang anda inginkan. Lalu pergi ke Share dan tick.
2. Ulang video berulang-ulang
Youtube juga merupakan tempat untuk mendengar lagu. Jika anda ingin dengar lagu itu berulang-ulang kali. Anda boleh guna trik ini iaitu menambahkan ‘repeater’ pada link youtube.com.
Link asal: youtube.com/watch?v=4LfJnj66HVQ
Link trik: youtuberepeater.com/watch?v=4LfJnj66HVQ
Mudah bukan?
3. Bypass had umur
Youtube juga ada video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Sama ada hal orang dewasa atau video yang menakutkan, anda perlu sign in terlebih dahulu untuk menonton. Jika anda betul-betul malas nak sign in, anda boleh gunakan trik ini.
Anda perlu tambah nsfw pada youtube.com seperti di bawah;
Link asal: youtube.com/watch?v=wvZ6nB3cl1w
Link trik: nsfw
youtube.com/watch?v=wvZ6nB3cl1w
4. Bypass video negara yang kena block
Jika anda ada buka satu video tetapi ada mesej “The uploader has not made this video available in your country.”. Jika kita ingin bypass website yang kena block, kita perlu menggunakan VPN. Namun jika kita ingin menonton video Youtube yang kena block, kita boleh gunakan trik ini. Mudah dan cepat.
Tapi bagi trik ini, tiada penambahan dekat youtube.com.
1. Buka target=”_blank”>Unblock Youtube
2. Paste link dan Go
5. Skip bahagian dalam video
Jika anda kaki tonton video Youtube, anda akan perasan ada video intro di awal video. Kadang-kadang intro sahaja dah 30 saat seperti uploader meletakkan iklan persendirian (bukan Youtube Ads) dalam video. Maka kita boleh gunakan trik ini untuk skip bahagian awal video.
Kita akan tambah &start=XX . Trik ini tiada minit seperti trik 1 diatas. Jika nak skip 2 minit, maka gunakan dalam saat iaitu &start=120.
Link asal: youtube.com/watch?v=1F_bG-uJMns
Link trik:
youtube.com/watch?v=1F_bG-uJMns&start=120
6. Download video dari Youtube
6. Download video dari Youtube
Jika anda ingin download video dari Youtube, anda boleh guna cara ini. Walaupun Youtube Android ada Offline video, anda tidak boleh kongsi melalui WhatsApp. Anda cuma perlu tambah pwn dalam youtube.com seperti:
7. Youtube TV
Jika anda ada SmartTV, Android Box atau menyambungkan PC pada TV, anda boleh layari Youtube dengan lebih simple dengan Youtube TV.
8. Subscribed Channel
Jika anda telah Subscribe beberapa channel, anda boleh tengok video mereka di Subscriptions
9. Download gambar HD thumbnail video
Jika anda berminat dengan gambar thumbnail mana-mana video. Anda boleh download dengan trik ini.
Gunakan link ini:img.youtube.com/vi/VideoID/maxresdefault.jpg
Apa itu VideoID ? Ia kod sesuatu video. Apa yang bold sebelah itu adalah kod VideoIDnya youtube.com/watch?v=LP7WLlshOqs.
Contoh Link trik: img.youtube.com/vi/LP7WLlshOqs/maxresdefault.jpg
10. Download Music daripada Video (MP3)
10. Download Music daripada Video (MP3)
Jika anda ingin download audio sahaja daripada Music Video, anda boleh buka MP3 Fiber. Hanya perlu copy paste url Youtube, ada boleh download audio berkualiti tinggi sehingga 320KBPS.