Nak beli gadget baharu, memang mahal – lebih-lebih lagi semasa pelancaran. Bagi sesiapa yang ingin membeli gadget yang diidamkan dengan harga yang murah, anda mestilah mempertimbangkan barangan ‘terpakai’ ataupun dikenali sebagai ‘second-hand’. Ia merupakan satu langkah bijak untuk menyimpan wang kerana barangan terpakai masih berfungsi sepenuhnya. Jika anda ingin membeli laptop, sila baca artikel kami sebelum ini iaitu Tips membeli laptop pada harga yang berbaloi.
Masalah utama semasa ingin membeli gadget terpakai seperti laptop dan smartphone ialah kurang berpengetahuan. Maka, kita tak tahu persediaan semasa rundingan dijalankan. Jika apa-apa yang berlaku kemudian, anda pasti akan berasa kesal – iaitu ditipu. Mulai hari ini, anda boleh membeli barangan second-hand tanpa berasa risau jika anda menerapkan tips dari Bijak Android.
Persediaan membeli barangan terpakai
Sebelum kami bahaskan topik yang dibincangkan, anda boleh mencari gadget yang diingini melalui Facebook Group, Mudah.My atau kedai berdekatan. Lalu, anda mestilah sedia maklum kepada penjual untuk bersua-muka, macam matsalleh kata iaitu face-to-face. Sila pilih tempat yang selamat – sudah pasti di kawasan terbuka dan bukan strategik, untuk menghalang penjual melakukan perkara khianat seperti melarikan diri, kerana pembeli mempunyai kuasa.
Seterusnya, jangan terus bayar. Kita ajak borak. “Bro, sebelum saya bayar, saya nak check telefon ini dahulu”. Kalau dia bagi check, maksudnya boleh dipercayai. Kalau dia tolak, sudah pasti ‘scam’. Jelaslah bahawa anda kena pastikan kedua-dua pihak mempunyai sedikit masa untuk penelitian gadget – paling kurang 30 minit.
Maka, bila anda sudah dapat gadget yang ingin dibeli, anda perlu ikut tips dari kami.
Panduan Membeli Gadget Terpakai/Second-hand
- Perhatikan skrin dengan teliti
Anda mestilah perhatikan skrin telefon atau laptop dengan sebaik-baiknya. Bertujuan untuk mencari tompok hitam iaitu dead-pixel dimana titik pada skrin yang rosak. Selain itu, anda boleh install aplikasi atau software Touchscreen Test (Android) atau Eizo Monitor Test (PC/Laptop).
Kedua-dua aplikasi ini boleh memastikan sama ada skrin anda berfungsi dengan baik atau tidak. Walaupun tiada dead-pixel, mungkin ada satu titik buta di mana tidak boleh touch. Bak pepatah mencegah itu lebih baik dari merawat, luangkan 5 minit untuk menguji gadget yang hendak dibeli.
- Uji Pembesar Suara
Semasa ingin membeli telefon, penjual mesti sudah keluarkan sim. Maka mesti tak dapat buka Youtube. Oleh itu, buka hotspot anda dan uji pembesar suara. Walaupun agak ‘pelik’ untuk uji speaker, apa salahnya. Tak syok la kena pakai headphone setiap masa, kang orang cakap apa ? Macam kisah viral beberapa hari lepas, Haqiem Rusli pakai earpod kat rumah orang, mungkin orang tak tahu speaker dia rosakkan ? Kalau rajin, ujilah speaker yang berdekatan dengan kamera hadapan iaitu call-speaker. Manalah tahu, nanti nak call pun leceh.
- Hidupkan Pengecas/Adapter
Jangan segan, jangan silu. Pasang je adapter pada soket dan plug-in pada laptop. Manakala telefon pintar, bawa powerbank dan cable sendiri untuk pastikan charging-port berfungsi dengan cemerlang. Sebab apa? Kos membaik pulih atau beli adapter sekurang-kurangnya RM100. Bak pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
- Perhatikan reka bentuk gadget dengan betul-betul
Seronok sangat dapat tawaran gadget dengan harga tak masuk akal, terus beli tanpa check gadget itu dan akhirnya kecewa – kerana ia merupakan ‘clone’. Tahukah anda setiap barangan clone ada kategori dia ? Iaitu high-copy ataupun low-copy. Sebelum anda ditipu mati-mati dengan clone yang low-copy, sila baca Langkah Mengesan telefon Palsu.
- Pastikan Unlocked
Pastikan gadget yang anda ingin beli itu adalah unlocked. Khususnya pada telefon pintar sama ada Android ataupun iOS. Bagi kategori ini, anda kena pastikan kedua-duanya adalah unlocked dan fully-unlocked. Kenapa pula ?
Pastikan telefon pintar itu boleh detect dan berfungsi dengan SIM anda. Ini kerana ada telefon yang locked kepada telco tertentu – jika telefon itu pernah ataupun ada kontrak dengan Digi, telefon itu boleh detect sim Digi sahaja dan bukannya telco lain.
Seterusnya, sila pastikan telefon itu unlocked dari segi keselamatan. Contoh yang jelas ialah pada iOS iaitu iCloud. Jika locked pada iCloud, telefon itu boleh jadi perkasam. Sama seperti Android, contohnya Xiaomi – pun ada sistem seperti iOS, maka ketika mahu format, kena ada password. Oleh yang demikian, sebelum membeli, lebih baik format/reset terus supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Baca juga : Cara Format/Factory Reset Telefon Android dengan Mudah
- Pastikan semua slot dan butang boleh digunakan
Tak rugi untuk mencuba, kalau tak cuba, kita yang akan rugi. Sebelum nak beli tu boleh la bawa headphone untuk uji audio-jack slot. Pastikan home-button, back-button, option-button, power-on-button berfungsi dengan bagus. Bagi iPhone pula, pastikan silence switch di tepi itu elok. Masukkan SIM dan SD Card untuk memastikan telefon itu tiada masalah.
- Kenal pasti sistem dalaman
Ini penting untuk memastikan telefon ataupun laptop itu adalah original ataupun tiruan. Ya, tidak susah pun. Ya, tidak perlu buka case untuk check sistem itu. Ya, hanya dengan menggunakan aplikasi CPU-Z (Android) atau AIDA64 (Windows).
Selepas install, anda perlu bandingkan spesifikasi yang tertera pada aplikasi tersebut dengan spesifikasi gadget yang sebenar. Bagi mencari spesifikasi sebenar yang telah di’submit’ oleh pengeluar itu sendiri, anda boleh pergi ke GSM Arena bagi smartphone manakala laptop atau PC boleh pergi ke Laptop Media.
- Kenal Pasti sama ada telefon itu adalah sah
Anda perlu pastikan gadget yang ingin dibeli adalah bebas dari unsur syubhah – iaitu barangan yang dicuri, blacklisted dan hilang. Ia agak mudah untuk dilakukan, hanya copy dan paste nombor siri IMEI pada IMEI.INFO. Untuk mencari nombor IMEI, anda boleh lihat pada belakang telefon (bagi peranti built-in battery yang tak boleh buka cover), pada kotak telefon, ataupun dail *#06#.
- Pastikan gadget beroperasi dengan cemerlang seperti pada keadaan baharu
Jika ada penjual yang ingin menipu tentang performance gadget yang mereka jual sehingga melabel ‘condition Nora Danish’, anda boleh pastikan ia sememangnya seperti Nora Danish ataupun sebaliknya. Anda perlu melakukan sedikit benchmark. Anda boleh membandingkan hasil benchmark gadget tersebut dengan hasil benchmark peranti baharu di Youtube bagi memastikan adakah peranti tersebut masih dalam keadaan yang baik seperti baharu. Sila baca How to Benchmark Your Android Device atau How to Benchmark Your Windows PC: 5 Free Benchmarking Tools kalau berminat.
Kesimpulan
Untuk berjimat-cermat, sememangnya barangan terpakai menjadi pilihan kerana kualitinya. Namun, tak syoklah kalau kena tipu kan? Kena belanja lagi untuk cover-up perkara yang ditipu tu. Oleh yang demikian, bak mutiara kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian – tak rugi kalau anda semua ikut tips yang telah diberikan oleh Bijak Android. Sememangnya anda akan berpuas-hati selepas mengaplikasikan tips yang diberikan. Kalau anda semua ingin membeli peranti melalui online, anda perlu pastikan penjual mempunyai reputasi yang baik dan review yang bagus. Untuk keselamatan, pastikan syarikat itu menawarkan moneyback-guarentee atau refund policy.
Jika anda ada tips tambahan, apa salahnya tambah di ruang komentar ?