Anda mencari telefon gaming yang padu untuk lenjan graphic sampai lebam tetapi hanya ada bajet RM1000 sahaja? Anda berada di tempat yang betul. Untuk bermain game dengan puas hati, anda memerlukan sebuah telefon pintar yang hadir dengan processor high-end yang selalu ada di dalam telefon flagship.
Apa itu Flagship?
Flagship merupakan telefon highest-model untuk setiap jenama pengeluar. Contohnya, flagship bagi Apple adalah iPhone kerana mereka hanya release model highest setiap tahun. Contoh yang lain pula adalah seperti Asus ROG, Samsung Galaxy Note dan Sony Xperia.
Untuk memilih telefon sedap untuk gaming, dan ingin kena dengan bajet bawah RM1000, kita mesti memilih ex-Flagship kerana harganya telah jatuh disebabkan ia adalah dalam kondisi terpakai atau used.
Seperti iPhone, ramai yang masih membeli ex-flagship seperti iPhone 7+, iPhone 8 dan iPhone X pada harga sangat murah berbanding harga pelancaran yang sekitar RM2-3K. iPhone 8 boleh dibeli dengan harga RM800 dan masih dalam kondisi terbaik kerana ia merupakan ex-flagship dari Apple, dan masih puas untuk gaming.
Namun, iPhone 8 menggunakan processor A11 bionic dan penulis tak rekomen anda memilih iPhone 8. Penulis rekomen anda untuk memilih telefon yang menggunakan Snapdragon 855 kerana telefon-telefon ini harga lebih murah dan lebih berkuasa:
Kenapa Snapdragon 855?
Penulis syorkan Snapdragon 855 sebagai telefon pilihan anda kerana telefon-telefon ini boleh didapati pada harga bawah RM1000. Jika berkenan dengan Snapdragon 860 dan keatas, harga telefon kondisi terpakai pun masih mencecah RM1.5-2K.
Snapdragon 855 ni cipset pemprosesan paling berkuasa untuk Android untuk tahun 2019 dan masih padu untuk kegunaan tahun 2022 dan seterusnya. Menurut NanoReview, pretasi cipset ini amat terbaik kerana dapat main kesemua game modern pada resolusi grafik tertinggi dan mencapai hampir sekitar 60 FPS – dimana cukup smooth untuk gaming.
Ini adalah senarai telefon yang hadir dengan Snapdragon 855:
- Asus ROG Phone 2
- Asus Zenfone 6Z
- Blackshark 2 SKywalker
- Samsung Galaxy Fold
- Samsung Galaxy Note 10
- Samsung Galaxy Note 10+
- Google Pixel 4/XL
- Lenovo Z5 Pro GT
- Lenovo Z6 Pro
- LG G8 ThinQ
- LG G8S ThinQ
- LG G8X ThinQ
- LG V50 ThinQ
- LG V50S ThinQ
- OnePlus 7
- OnePlus 7 Pro
- OnePlus 7T
- OnePlus 7T Pro
- OPPO Reno 10x Zoom
- Samsung Galaxy A90 5G
- Samsung Galaxy Tab S6
- Samsung Galaxy S10 Lite
- Samsung Galaxy S10 5G
- Samsung Galaxy S10+
- Samsung Galaxy S10
- Samsung Galaxy S10e
- Sony Xperia 1
- Sony Xperia 5
- Xiaomi Mi 9
- Xiaomi Mi 9T Pro
- Xiaomi Redmi K20 Pro
- Xiaomi Mi MIX 3 5G Edition
- ZTE Axon 10 Pro
- ZTE Nubia Red Magic 3
- Asus Zenfone 6
- Meizu 16s
- Realme X2 PRO
- Oppo Reno 10x Zoom
- VIVO IQOO
Jadi, telefon mana yang ex-flagship yang boleh dapat bawah RM1000? Bukan semua!
Telefon ex-Flagship Snapdragon 855 bawah RM1000
Jom belajar sedikit tentang ekonomi – stok sikit, barang mahal. Stok banyak, barang murah. Jadi untuk dapatkan telefon yang murah, anda perlu pilih telefon yang ada banyak stok.
Maksudnya di sini, anda perlu pilih telefon yang diimport secara pukal dari luar negara. Contoh stok terpakai luar negara yang banyak masuk adalah iPhone LL set, Sony, LG, Sharp dan Pixel. Jadi kalau beli ex-Flagship jenama ini memang harganya turun banyak.
Jenama yang stok terpakai susah masuk dan kekal mahal adalah seperti Samsung, OnePlus, Xiaomi dan lain-lain.
Jadi, ini dia 10 telefon gaming terbaik untuk tanda harga RM1000 (Snapdragon 855) dan ke bawah:
- Google Pixel 4 | 4GB RAM | 64GB ROM | Harga RM1000+
- Sharp Aquos Zero 2 | 8GB RAM | 256GB ROM | Harga RM650+
- Samsung S10 | 6/8GB RAM | 64/128GB ROM | Harga RM900+
- Sony Xperia 1 | 6GB RAM | 64GB ROM | Harga RM600+
- Sony Xperia 5 | 6GB RAM | 128GB ROM | Harga RM800+
- LG V50 | 6GB RAM | 128GB ROM | Harga RM600+
- LG V50S | 8GB RAM | 256GB ROM | Harga RM700+
- LG G8 ThinQ | 6GB RAM | 128GB ROM | Harga RM600+
- LG G8X ThinQ | 6GB RAM | 128GB ROM | Harga RM650+
- LG G8S ThinQ | 6GB RAM | 128GB ROM | Harga RM700+
Kesimpulannya, anda menentukan telefon anda. Pilihan di tangan sendiri. Berjimat cermat sewaktu pandemik dan jangan bazirkan duit bantuan, skim dan sebagainya.