Setelah operating-system Android diperkenalkan pada tahun 2008, ia menerima sambutan yang hangat hingga ke hari ini dan mampu bersaing dengan keluaran Apple, iaitu iOS. Sejak akhir 3 tahun ini, pengeluaran telefon pintar Android semakin rancak dengan syarikat besar dari China iaitu Huawei, Xiaomi dan Vivo yang bersaing kuat dengan Samsung.
Aplikasi adalah sebuah perisian yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri untuk membantu pengguna. Oleh yang demikian, banyak developer telah membangunkan aplikasi yang terbaik untuk pengguna Android serata dunia. Maka, marilah kita ketahui 11 aplikasi yang sangat berguna kepada setiap individu yang mempunyai peranti Android ini.
1. VPN
Virtual private network (VPN) ialah teknologi yang mewujudkan sambungan yang selamat dan encryption ke atas rangkaian yang kurang selamat iaitu internet. Untuk menjaminkan keselamatan, data anda akan melalui tunnel yang selamat dan keselamatan pengguna VPN akan terjamin, khususnya daripada penggodam, kerajaan dan bos syarikat. Bukan itu sahaja, VPN ini akan menjaga privasi anda sepanjang melayari internet. Namun, anda mestilah menggunakan VPN yang mempunyai reputasi yang baik agar data maklumat anda tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mari baca 5 VPN terbaik yang percuma.
2. Clean Master & SD Maid
Kedua-dua aplikasi ini merupakan aplikasi yang paling wajib untuk dipasangkan pada telefon pintar Android anda bagi meningkatkan kelajuan telefon pintar. Clean Master berupaya untuk mengosongkan memori storan, meningkatkan performance sebuah peranti dan membersihkan virus. Bahkan, ia akan menjamin keselamatan dan privasi gadget anda. Tak guna Clean Master pun tidak menjadi masalah, kerana Android terkini selalunya hadir dengan aplikasi pembersihan yang disiap pasang.
Manakala SD Maid, ia akan membersihkan fail yang tertinggal apabila sebarang aplikasi telah dinyahpasang. Ia juga berupaya untuk buang fail yang tak berguna seperti logs, reports dan lain-lain. Untuk mencapai 2-kali ganda pembersihan, anda perlu root telefon Android anda supaya proses pembersihan oleh kedua-dua aplikasi ini lebih mendalam (di mana ia memerlukan akses root).
Baca juga: Cara Root Telefon Android & Kelebihan Rooting
3. Google Photos
Google Photos merupakan galeri gambar daripada Google yang serba canggih. Ia dilengkapi dengan fungsi edit, filter, dan save-photo-to-cloud. Gambar anda akan disimpan secara automatik ke Google Drive dan anda boleh cari semula dengan mudah melalui Google Photos. Apa yang seronoknya, anda boleh mengurangkan storan telefon anda dengan fungsi cloud tersebut.
Baca juga: 5 Perkara Menarik Mengenai Google Photos
4. Google Drive
Google Drive, siapa yang tak pernah guna ? Pentingnya Google Drive ini untuk setiap golongan sama ada pelajar, guru, pekerja mahupun bos. Ia merupakan medium storan di awan yang percuma untuk digunakan dan selamat. Di samping menyimpan fail-fail penting, anda boleh menghantar URL fail tersebut yang boleh dimuat-turun kepada penerima.
5. ShareIt
ShareIt merupakan aplikasi yang sangat berguna untuk proses perpindahan fail antara dua gadget – sama ada Android, iOS dan Windows. Dengan ShareIt, anda boleh transfer fail dan data sehingga 40x lebih laju berbanding Bluetooth dengan teknologi WiFi. Mudah sahaja sebenarnya Cara Menggunakan Aplikasi ShareIt.
6. System App Remover
System App Remover merupakan aplikasi yang sangat berkuasa untuk rooted phone. Apa yang dimaksudkan ialah anda boleh uninstall aplikasi sistem, pre-installed ataupun bloatware. Aplikasi-aplikasi ini kebanyakkan tidak berguna dan hanya menambahkan storan telefon anda – seperti Samsung App Store ataupun OneDrive.
7. MX Player
Jika anda penggemar movie dan drama, sudah pastinya anda akan menyukai MX Player. Hal ini kerana ia merupakan video-player yang sangat bagus dan stabil. Ia juga berupaya membantu anda menonton filem bersama subtitle, secara automatik ataupun manual. Anda boleh baca Cara Menggunakan Subtitle Dengan MX Player.
8. GO Keyboard
Bagi pengguna Android, anda mesti mahu install aplikasi Go Keyboard kerana ia dilengkapi dengan emoji dan boleh dihiaskan. Tapi, tahukah anda tentang kehebatan Go Keyboard yang anda tidak tahu ? Sebenarnya, aplikasi ini amat berguna untuk seseorang yang menggunakan telefon pintar sebagai medium untuk melakukan kerja-kerja. Ia akan mempercepatkan penaipan anda dengan fungsinya tersendiri. Ia boleh permudahkan proses copy dan editing dengan lebih mudah.
9. Google Maps
Anda pasti tahu kan mengenai Google Maps? Ia merupakan aplikasi canggih untuk mencari sesuatu tempat atau lokasi. Apa yang menariknya, latest update membolehkan anda menggunakan Google Maps dengan Offline. Ini bermaksud anda boleh download sesebuah kawasan tertentu dan anda tidak perlukan sebarang internet data untuk kegunaan kemudian. Ia amat stabil dan sangat berguna.
10. LastPass
LastPast merupakan pengurus-password anda dan boleh mencipta kata laluan yang kukuh. Segala informasi akan disimpan dalam vault dan menyimpan password untuk segala akaun media sosial anda. Penciptaan password yang kukuh boleh menghalang anda daripada digodam dengan mudah, bahkan mengambil masa beratus-ratus tahun. Anda takut lupa kata laluan? Gunakan LastPass dan ia akan kekal di sana.
Kesimpulan
Kesemua aplikasi tersebut amatlah berguna dan bermanfaat jika kita tahu cara penggunaannya. Kebanyakkan aplikasi yang dicadangkan adalah percuma dan selamat untuk digunakan. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh aplikasi-aplikasi tersebut, anda mampu meningkatkan gaya hidup anda.
Baca juga: 10 Aplikasi Yang Berguna Untuk Kehidupan Seharian